awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs bantah cadangan benarkan pelajar asing bekerja di Malaysia

Bernama
Bernama
02/02/2024
07:23 MYT
Cuepacs bantah cadangan benarkan pelajar asing bekerja di Malaysia
ADNAN: Negara ketika ini sudah berada di landasan yang tepat dalam melahirkan graduan tempatan yang berkemahiran tinggi dan tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga kerja asing. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah sebarang cadangan membenarkan pelajar asing bekerja di Malaysia, bagi menampung kekurangan tenaga kerja mahir.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata perkara itu bukan sahaja menidakkan peluang rakyat tempatan, bahkan merugikan negara yang telah melakukan pelaburan tinggi melalui institusi pengajian tinggi tempatan demi melahirkan graduan tempatan berkemahiran tinggi.
Beliau berkata dasar membenarkan pelajar asing untuk mengisi peluang pekerjaan di sektor teknologi tinggi sebagai satu langkah ke belakang, selain boleh mengakibatkan graduan tempatan menerima gaji yang lebih rendah serta meningkatkan kadar pengangguran rakyat tempatan pada masa hadapan.
"Pelbagai program telah diwujudkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan dengan nilai pelaburan besar, bagi melahirkan graduan tempatan berkemahiran tinggi selaras dengan aspirasi kerajaan.
"Negara ketika ini sudah berada di landasan yang tepat dalam melahirkan graduan tempatan yang berkemahiran tinggi dan tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga kerja asing," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Adnan turut mempersoalkan segelintir majikan yang lebih sanggup membayar gaji yang tinggi kepada pekerja asing, sedangkan kualiti pekerja tempatan adalah lebih baik.
"Pilih kasih atau double standard dalam isu upah ini, mengakibatkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk berhijrah ke luar negara," katanya.
Beliau juga meminta kerajaan menguatkuasakan gaji minimum yang lebih berbaloi kepada pekerja berkemahiran tinggi tempatan, bagi menyokong dasar-dasar pembangunan sumber manusia yang dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi tempatan.
Manakala data-data yang dikumpulkan menerusi Pangkalan Data Utama (PADU), boleh dijadikan sandaran untuk menganalisis keupayaan sumber tenaga negara dan kadar upah yang bersesuaian, untuk dikecapi oleh rakyat Malaysia di masa hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#Adnan Mat
#pelajar asing bekerja
#kekurangan tenaga kerja mahir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan