Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap cadangan penubuhan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di premis agensi kerajaan akan menjadi kenyataan tahun depan.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata Cuepacs berpendapat penubuhan Taska penting memandangkan 60 peratus penjawat awam adalah wanita.
"Kebanyakan wanita lebih ingin berada dekat dengan anak kecil mereka dan sekiranya Taska disediakan berhampiran tempat kerja mereka, maka mereka boleh memberi fokus terhadap kerja rutin masing-masing serta meningkatkan produktiviti," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat prapersaraan untuk penjawat awam Labuan di sini pada Rabu.
Beliau berkata dasar kerajaan yang mahukan semua agensi kerajaan menubuhkan Taska bermula 1 Januari 2019 akan memberi manfaat kepada penjawat awam wanita di seluruh negara.
"Kami berharap pihak berkuasa tempatan berkenaan, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat akan membantu usaha menubuhkan taman itu dengan memberi kelonggaran berkaitan undang-undang dan dasar tertentu, tanpa mengorbankan aspek keselamatan," katanya.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarkan semua agensi kerajaan yang mempunyai petugas bekerja secara syif menubuhkan Taska di tempat masing-masing pada Januari 2019.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata kementerian itu akan berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan dalam menyediakan kemudahan untuk guru yang berkhidmat di tempat berkenaan.
Beliau berkata kerajaan menyediakan pelbagai insentif bagi menggalakkan penubuhan Taska di tempat kerja, termasuk peruntukan RM180 sebulan sebagai yuran penjagaan kanak-kanak bagi setiap kanak-kanak melibatkan pegawai dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM5,000 sebulan.
--BERNAMA
Bernama
Wed Jul 25 2018
Kata Azih dasar kerajaan yang mahukan semua agensi kerajaan menubuhkan Taska bermula 1 Januari 2019 akan memberi manfaat kepada penjawat awam wanita di seluruh negara. - Gambar hiasan
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
PKPB: Waktu bekerja empat jam sehari di pejabat terlalu singkat - MEF
Datuk Shamsuddin Bardan berkata panduan yang diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menjejaskan operasi industri dan syarikat yang terlibat.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam tidak sensitif - Azih
Azih berkata, kenyataan itu juga menunjukkan LPPSA seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti langsung terhadap situasi ekstrem yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini.
Pemansuhan BIPK: Mutu perkhidmatan awam terjejas - Cuepacs
Presidennya, Adnan Mat menyifatkannya sebagai langkah yang terbelakang kerana wujudnya dua bayaran upah yang berbeza untuk jawatan yang sama di bawah majikan dan kerajaan yang sama.
Cuepacs cadang kerajaan semak semula gaji penjawat awam setiap lima tahun
Ini kerana gaji semasa penjawat awam khususnya kumpulan sokongan hanya mampu dibelanja untuk tempoh dua minggu termasuk pembayaran bil-bil utiliti, pembetungan, telefon dan makan minum di rumah.
Wujudkan dasar pengurusan stres kepada penjawat awam - Cuepacs
Kerajaan digesa mewujudkan dasar pengurusan stres bagi membantu kakitangan awam yang menghadapi tekanan melampau di tempat kerja.
Henti lakukan tugas kewangan sekolah - Cuepacs
Seramai 1,084 pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di sekolah di Perak yang menjalankan tugas kewangan dinasihatkan untuk berhenti melakukan tugas tersebut.
Cuepacs rayu kerajaan tidak gabung UMT, UNISZA
Dua universiti itu mempunyai matlamat yang berbeza, selain penggabungan itu akan mengecilkan bilangan universiti di Malaysia.
Belanjawan 2020: Pertimbang elaun kesusahan bandaraya, selaraskan elaun COLA - CUEPACS
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan elaun kesusahan bandaraya.
Belanjawan 2020: CUEPACS harap kerajaan beri bonus sebulan gaji
CUEPACS berharap khabar gembira akan mengiringi penjawat awam dengan pengumuman bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada kumpulan pekerja ini di seluruh negara dalam pembentangan Belanjawan 2020.
Cuepacs cadang kerajaan perkenal Skim Persaraan Anjal
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mewujudkan Skim Persaraan Anjal.