awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CUEPACS mahu skim khidmat kastam ditambahbaik

Bernama
Bernama
31/01/2016
23:50 MYT
CUEPACS mahu skim khidmat kastam ditambahbaik
AZIH: Kertas cadangan juga memohon gred sedia ada W 17, W 22 dan W 26 dinaikkan ke gred KW 29 dengan mewujudkan laluan kerjaya sehingga ke gred KW 40. - Gambar fail
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menambahbaik Skim Perkhidmatan Kastam untuk kumpulan pelaksana jabatan itu sesuai dengan beban dan risiko tugas.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata permintaan tersebut telah dikemukakan oleh Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM), Kesatuan Sekerja Kastam Sabah dan Kesatuan Pegawai Kastam Sarawak.
Katanya, menerusi permintaan itu, pihak Kesatuan mencadangkan supaya klasifikasi gred sedia ada iaitu W untuk kewangan ditukar ke gred KW - Penguatkuasa dan Kewangan - yang bersesuaian dengan bidang tugas anggota Kastam.
"Kertas cadangan juga memohon gred sedia ada W 17, W 22 dan W 26 dinaikkan ke gred KW 29 dengan mewujudkan laluan kerjaya sehingga ke gred KW 40," katanya.
Azih bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan KPKSM di sini pada Ahad.
Katanya, beliau juga berharap agar semua anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapat perlindungan insuran yang dibiayai kerajaan.
"Perlindungan insuran penting untuk semua pegawai khususnya pegawai penguatkuasa yang selalunya berhadapan dengan pelbagai cabaran," katanya.
Sementara itu, Azih turut meminta kerajaan mengekalkan khidmat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dalam urusan pemotongan gaji kakitangan awam untuk bayaran balik pinjaman.
Untuk itu, katanya, Cuepacs akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu hadapan.
Topic Berkaitan
#Azih Muda
#cuepacs
#kastam
#Skim Perkhidmatan Kastam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan