awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR adakan Kongres Nasional di Melaka pada 25-28 Jun
Barat berdepan "kesan buruk" jika penduduk Palestin diusir dari Gaza - Al-Sisi
Mesir gesa Israel undur dari Gaza, buka semula pintu sempadan Rafah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs mohon jumpa Perdana Menteri bincang lima tuntutan

Bernama
Bernama
09/09/2020
08:23 MYT
Cuepacs mohon jumpa Perdana Menteri bincang lima tuntutan
Adnan Mat berkata, Cuepacs) memohon untuk berjumpa dengan Muhyiddin Yassin bagi membincangkan status lima tuntutan melibatkan kebajikan penjawat awam. - Gambar fail/BERNAMA
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah memohon untuk berjumpa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan status lima tuntutan melibatkan kebajikan penjawat awam yang ditangguhkan berikutan perubahan kerajaan.
Presidennya Adnan Mat berkata permohonan itu dinyatakan dalam surat ucapan tahniah Cuepacs kepada Muhyiddin atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8 pada Mac lepas.
"Lima tuntutan itu adalah kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai 2018 dan pemendekan kenaikan pangkat 'time based' kali kedua yang dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018, selain pengumuman gaji tambahan kepada guru gred DG56.
"Ia juga melibatkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari boleh ditukar kepada wang tunai bagi yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun dan COLA (Kadar Bantuan Sara Hidup) tambahan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana juga diperluas kepada penjawat awam Sabah dan Sarawak," jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan kepada petugas barisan hadapan menangani pandemik COVID-19 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini, hari ini.
Katanya, pertemuan itu bagi membolehkan Cuepacs membentangkan semua justifikasi kajian daripada aspek peruntukan, maklum balas, memuktamadkan proses dan aturan pelaksanaan bagi lima tuntutan tersebut.
"Ini bukan suatu perkara baharu tetapi merupakan satu libat urus yang panjang telah Cuepacs adakan sebelum ia diumumkan kerajaan lagi, malah, Cuepacs juga telah mengambil kira faktor-faktor yang ada pada ketika ini," katanya.
Adnan berkata Cuepacs berharap kerajaan segera menunaikan lima tuntutan yang belum dilaksanakan itu memandangkan ia telah diumumkan kerajaan sebelum ini.
Ketika ditanya sama ada masih terdapat petugas barisan hadapan terutama penjawat awam belum mendapat elaun khas COVID-19, beliau berkata sehingga kini Cuepacs tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#cuepacs
#kerajaan
#Muhyiddin Yassin
#pandemik
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan