Mesir gesa Israel undur dari Gaza, buka semula pintu sempadan Rafah

Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty menggesa pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza dan pembukaan semula pintu sempadan Rafah di bawah perjanjian gencatan senjata tahun lepas. - Gambar fail/REUTERS
KAHERAH/ISTANBUL: Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty menggesa pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza dan pembukaan semula pintu sempadan Rafah di bawah perjanjian gencatan senjata tahun lepas, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Menteri Luar Mesir mendesak tentera Israel keluar dari Gaza dan membuka semula pintu sempadan Rafah di bawah perjanjian gencatan senjata.
- Desakan itu dibuat semasa pertemuan dengan Timbalan Setiausaha Negara AS untuk memperkukuh hubungan dua hala dan membincangkan perkembangan serantau.
- Perbincangan turut merangkumi isu Gaza, Sudan, dan keselamatan air Mesir, serta menyokong langkah-langkah fasa kedua pelan Trump mengenai Gaza.
Perbincangan itu turut menyentuh mengenai perkembangan di Gaza, Sudan, rantau Tanduk Afrika dan keselamatan air Mesir.
Abdelatty menyambut baik penyertaan Mesir ke dalam Lembaga Keamanan cetusan Presiden AS Donald Trump.
Lembaga itu merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang bertujuan mempromosikan kestabilan, mewujudkan semula tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang, serta memastikan keamanan yang berterusan di kawasan yang terjejas atau terancam oleh konflik, mengikut piagamnya.
Abdelatty menekankan kepentingan melaksanakan kewajipan fasa kedua pelan Trump mengenai Gaza, menyokong jawatankuasa nasional yang ditugaskan untuk menguruskan Gaza, serta penempatan segera pasukan penstabilan antarabangsa bagi memantau gencatan senjata.
Beliau turut menegaskan keperluan untuk membuka semula lintasan Rafah antara Gaza dan Mesir bagi kedua-dua arah serta mencapai pengunduran Israel dari Gaza bagi membuka jalan kepada pemulihan awal dan pembinaan semula, menurut kenyataan itu.
Pelan gencatan senjata itu menghentikan perang dua tahun Israel ke atas Gaza, yang telah mengorbankan lebih 71,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain sejak Oktober 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

