awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesta Sauk Sotong berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perlis
Wanita warga emas maut dalam kebakaran rumah di Kota Bharu
Pelarasan jadual bas elektrik tingkatkan pengalaman pelancong ke Semenggoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barat berdepan "kesan buruk" jika penduduk Palestin diusir dari Gaza - Al-Sisi

Bernama
Bernama
25/01/2026
13:15 MYT
Barat berdepan "kesan buruk" jika penduduk Palestin diusir dari Gaza - Al-Sisi
Al-Sisi memberi amaran bahawa perkara itu akan membawa kesan buruk yang tidak mampu ditanggung oleh mana-mana pihak. - Gambar fail/REUTERS
KAHERAH: Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi pada Sabtu memberi amaran bahawa pengusiran lebih dua juta penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza akan mencetuskan kesan keselamatan, ekonomi dan sosial yang buruk kepada Eropah serta dunia Barat, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Presiden Mesir, Abdel-Fattah Al-Sisi, memberi amaran bahawa pengusiran lebih dua juta penduduk Palestin dari Gaza boleh memberi kesan buruk terhadap keselamatan, ekonomi, dan sosial Eropah serta dunia Barat.
  • Al-Sisi menekankan keperluan untuk menghentikan amalan sistematik terhadap penduduk Palestin di wilayah yang diduduki dan menolak sebarang cubaan untuk mengusir mereka dari tanah air sendiri.
  • Mesir sedang berusaha memastikan gencatan senjata dilaksanakan sepenuhnya dan komited untuk menghalang sebarang cubaan untuk mengelak daripada mematuhinya, sejajar dengan pelan damai AS untuk menamatkan konflik Israel-Hamas.

Bercakap semasa sambutan ulang tahun ke-74 Hari Polis Mesir, Al-Sisi berkata tindakan membawa keluar penduduk dari Gaza akan melenyapkan perjuangan Palestin serta mendorong ratusan ribu orang menuju ke Eropah dan negara-negara Barat.
Beliau memberi amaran bahawa perkara itu akan membawa kesan buruk yang tidak mampu ditanggung oleh mana-mana pihak.
Al-Sisi menegaskan keperluan untuk menghentikan amalan sistematik terhadap penduduk Palestin di wilayah yang diduduki, selain mengulangi pendirian Mesir yang menolak sebarang cubaan untuk mengusir mereka dari tanah air sendiri.
Beliau turut menggesa agar bantuan kemanusiaan ke Gaza disalurkan tanpa sebarang halangan, pelaksanaan penuh fasa kedua perjanjian gencatan senjata semasa, serta pembinaan semula segera di wilayah itu bagi menjamin kehidupan yang bermaruah untuk penduduknya.
Mesir sedang melakukan segala usaha bagi memastikan gencatan senjata dilaksanakan sepenuhnya dan komited untuk menggagalkan sebarang cubaan untuk mengelak daripada mematuhinya, kata Al-Sisi.
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada tahun lepas mendedahkan pelan damai 20 perkara merangkumi tiga fasa, bertujuan menamatkan konflik Israel-Hamas yang meletus pada Oktober 2023.
Gencatan senjata antara Hamas dan Israel berkuat kuasa pada Oktober 2025. Bagaimanapun, semasa fasa pertama perjanjian itu, kedua-dua pihak berulang kali saling menuduh berlaku pelanggaran syarat.
Awal bulan ini, pentadbiran Trump mengumumkan pelancaran fasa kedua pelan damai berkenaan, yang mengalihkan fokus daripada gencatan senjata kepada nyahtentera, tadbir urus teknokratik dan pembinaan semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi
#penduduk Palestin
#diusir
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan