awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca ekstrem boleh berlaku dari semasa ke semasa - MetMalaysia
Had tempoh jawatan PM: Perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, kesediaan parti politik - Penganalisis
Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cukai RM1.69 bilion: Permohonan Najib batal notis kebankrapan didengar 7 Dis

Bernama
Bernama
27/08/2021
10:26 MYT
Cukai RM1.69 bilion: Permohonan Najib batal notis kebankrapan didengar 7 Dis
Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Feb lepas terhadap Najib selaku penghutang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan notis kebankrapan terhadapnya kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi tahun lepas, akan didengar pada 7 Dis ini.
Perkara itu dimaklumkan peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili Najib, ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp selepas pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Ida Rahayu Sharif hari ini, yang turut disertai Peguam Hasil Siti Aisyah Yusoff dan Athari Faris Ammerry Hussein bagi pihak LHDN.
"Tarikh sama ditetapkan untuk mendengar permohonan Najib bagi penggantungan prosiding kebankrapan sementara menunggu pelupusan kes rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan atau sementara menunggu rayuan penghutang penghakiman (Najib) di Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) selesai sepenuhnya," katanya.
Najib memfailkan permohonan untuk membatalkan notis kebankarapan itu atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 Feb lepas adalah berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah selain taktik konspirasi politik bertujuan untuk merosakkan kerjaya politiknya.
Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Feb lepas terhadap Najib selaku penghutang.
Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Feb 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.
Pada 22 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Mengikut Seksyen 103(2) Akta Cukai Pendapatan 1967, seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran tersebut kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#notis bankrap
#LHDN
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan