awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Culik kanak-kanak: Jangan guna fakta tidak benar - Polis Terengganu

Bernama
Bernama
27/09/2022
09:15 MYT
Culik kanak-kanak: Jangan guna fakta tidak benar - Polis Terengganu
Menurut Rohaimi, mengatakan kes penculikan kanak-kanak sering berlaku adalah tidak benar kerana masih belum ada laporan polis diterima daripada orang awam. - Fail Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan isu keselamatan tanpa fakta sebenar, berhubung dakwaan berlaku kes penculikan dan cubaan menculik kanak-kanak sekolah.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai surat yang tular di media sosial, dipercayai telah dikeluarkan oleh beberapa sekolah di negeri ini mengenai dakwaan berlaku kes penculikan kanak-kanak sekolah yang kononnya 'sering berlaku' ketika ini.
"Mengatakan kes penculikan kanak-kanak sering berlaku adalah tidak benar kerana masih belum ada laporan polis diterima daripada orang awam atau dari pihak sekolah sendiri mengenai insiden tersebut.
"Tidak menjadi masalah jika sentiasa memberi ingatan tentang keselamatan anak-anak, tapi menggunakan isu keselamatan yang tidak benar dan tanpa fakta boleh menimbulkan kerisauan dan kegusaran dalam masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta agar anggota masyarakat bertenang dan menggesa pihak sekolah supaya sentiasa berhubung dengan pihak polis sekiranya timbul sebarang isu keselamatan, menerusi ketua polis daerah atau pegawai perhubungan sekolah (PPS) masing-masing.
"Saya juga ingin menegaskan (mengingatkan) agar pihak sekolah tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan secara bersurat atau melalui kumpulan sosial yang akan memberikan kerisauan kepada ahli keluarga dan kegusaran yang tidak sewajarnya.
"Bagaimanapun, pihak polis akan terus bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memberikan maklumat terkini dan meningkatkan rondaan di kawasan sekolah-sekolah terutamanya pada waktu tamat sesi persekolahan," kata Rohaimi.
Katanya lagi, beliau juga telah mengarahkan semua ketua polis daerah untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan rondaan di sekolah-sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik kanak-kanak
#Polis Terengganu
#tular media sosial
#Rohaimi Md Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan