Mahkamah Sesyen di sini hari ini, merintahkan tiga pengarah bersama syarikat pembinaan Builtmax Construction and Engineering Work membayar denda RM13,000 setiap seorang selepas masing-masing mengaku bersalah mencuri air, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Unaizah Mohd juga menjatuhkan hukuman itu terhadap Foo Siang Teng, 40; Yeow Soon Chye, 53 dan Lee Sin Kee, 55.
Mereka selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah melakukan penyambungan bekalan air haram di tapak pembinaan sebuah stor sementara di Lot 733, Jalan Kuantan-Pekan, Batu 17, dalam mukim Penor, di sini, pada 26 Jan, 2015.
Mereka didakwa menurut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 123 (3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum setahun, jika sabit kesalahan.
Menurut fakta kes, SPAN melakukan serbuan ke tempat kejadian pada 26 Jan, 2015 susulan aduan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) pada 19 Jan yang mengesyaki berlaku penyambungan paip bekalan air ke satu saluran utama awam oleh pihak lain.
Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat sambungan menggunakan 'ferrule' bersaiz 32 milimeter yang disambungkan ke paip tanpa melalui meter air dan terdapat dua punca penggunaan air di premis itu.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Shariful Azman Mustapa Yahya dan Mohd Helmy Razelan manakala ketiga-tiga OKS tidak diwakili peguam.
Ketiga-tiga OKS membayar denda itu.
Terdahulu, Shariful Azman memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat dan setimpal terhadap ketiga-tiga OKS kerana mengelak bayaran air.
"Mereka ini satu entiti perniagaan yang seharusnya lebih bertanggungjawab dalam pembayaran bil air kerana pengguna domestik seperti orang di kampung juga membayar air yang digunakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2017
Tiga pengarah bersama syarikat pembinaan diperintah membayar denda RM13,000 setiap mengaku bersalah mencuri air, dua tahun lalu. - Gambar hiasan
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Curi air: Tiga pengarah syarikat didenda RM13,000 seorang
Mahkamah Sesyen merintahkan tiga pengarah bersama syarikat pembinaan Builtmax Construction and Engineering Work membayar denda RM13,000 setiap mengaku bersalah mencuri air, dua tahun lalu.
Curi air: Tiga pengarah syarikat didenda RM15,000 seorang
Hakim Datuk Unaizah Mohd juga menjatuhkan hukuman itu terhadap Foo Siang Teng, 40; Yeow Soon Chye, 53 dan Lee Sin Kee, 55.