awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi kabel punca gangguan elektrik di pusat pentadbiran Sabah, Menara Kinabalu

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
05/04/2023
04:17 MYT
Curi kabel punca gangguan elektrik di pusat pentadbiran Sabah, Menara Kinabalu
Kesemua kawasan terjejas kembali menerima bekalan elektrik seperti biasa sebelum gangguan sama sekali lagi berlaku di Menara Kinabalu semalam. - Gambar/ Wikipedia
KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Menara Kinabalu bermula Ahad lalu berpunca daripada cubaan pihak tidak bertanggungjawab mencuri kabel milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ke bangunan pusat pentadbiran negeri itu.
Menurut Pengurus Besar Kanan Pengurusan Aset SESB, Idris Mohd Noor, kejadian yang turut menjejaskan beberapa kawasan di Likas dan Alamesra itu telah diambil tindakan pada hari yang sama.
"Hasil siasatan oleh pasukan teknikal SESB mendapati kerosakan ke atas talian 33kV itu disebabkan cubaan memotong dan mencuri kabel tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kami dapati terdapat kesan potongan dan terbakar yang bertujuan untuk mencuri kabel milik SESB dan kejadian ini telah menjejaskan bekalan ke beberapa kawasan di Alam Mesra, Likas dan Menara Kinabalu.
"Kerja-kerja pemulihan bekalan telah dilaksanakan secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, selepas tindakan pihaknya, kesemua kawasan terjejas kembali menerima bekalan elektrik seperti biasa sebelum gangguan sama sekali lagi berlaku di Menara Kinabalu semalam.
Bertindak atas masalah tersebut, Idris berkata pihaknya telah menempatkan enam janakuasa mudah alih untuk menampung keperluan bekalan elektrik ke bangunan berkenaan.
"Bekalan ke Menara Kinabalu masih terjejas apabila berlaku kerosakan kabel sekali lagi pada lewat malam Selasa.
"Kerosakan kedua ini disyaki disebabkan kerja-kerja penimbusan tanah di laluan utama kabel bawah tanah. Kerja-kerja pemulihan bekalan sedang giat dilaksanakan.
"SESB menempatkan enam buah janakuasa mudah ahli di kawasan Menara Kinabalu untuk menampung keperluan bekalan elektrik ke bangunan itu," katanya.
Topic Berkaitan
#menara kinabalu
#Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
#Gangguan elektrik
#Curi Kabel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan