MALAYSIA
Curi mesin penapis air masjid, jual di media sosial

Tangkap layar video CCTV yang tular menunjukkan suspek mencuri mesin penapis air masjid. -Foto Sinar Harian/media sosial
NILAI: Kegiatan sekumpulan lelaki mencuri mesin penapis air di masjid dan kemudian menjualnya di media sosial terbongkar apabila tertangkapnya lima suspek pada Khamis.
Ringkasan AI
- Lima lelaki tempatan berusia 20-an hingga 40-an ditahan kerana disyaki mencuri mesin penapis air di tiga masjid dan menjualnya melalui media sosial.
- Polis merampas mesin penapis air, kenderaan, telefon bimbit, pakaian semasa kejadian dan peralatan mencabut mesin; empat suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan jenayah dan narkotik.
"Kesemua suspek ditahan dalam dua siri tangkapan yang dijalankan di kawasan Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma dan Beranang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, tangkapan pertama dilakukan pada jam lebih kurang 12 tengah hari melibatkan dua suspek utama diikuti tangkapan tiga lagi suspek pada jam lebih kurang 12.15 tengah hari.
Jelas beliau, hasil tangkapan membawa kepada penemuan dan rampasan barang kes utama iaitu satu unit mesin penapis air yang dicuri pada 30 Jun lepas.
"Turut dirampas sebuah kenderaan Proton Gen-2, telefon bimbit, pakaian semasa kejadian dan peralatan digunakan untuk mencabut mesin.
"Hasil siasatan awal mendapati, suspek menyasarkan masjid yang kurang pengunjung untuk mencuri penapis air yang diletakkan di luar ruang solat sebelum menjualnya di media sosial," katanya.
Selain itu katanya, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.
Tambahnya, ujian saringan air kencing mendapati empat daripada lima suspek positif dadah jenis methamphetamine.
"Permohonan reman terhadap suspek dibuat pagi tadi bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan," katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami