KUALA LUMPUR: Kesemua pemegang akaun yang terjejas dalam kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian berjumlah RM24.2 juta, perlu mendapat bayaran balik dengan segera, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Pada masa sama, bank pusat itu turut memandang serius semua laporan berkaitan pengeluaran wang tunai tidak sah secara besar-besaran yang membabitkan pekerja institusi kewangan dan pihak luar.
"Integriti individu yang bekerja dengan institusi kewangan adalah perkara yang amat penting," kata BNM hari ini sebagai menjawab pertanyaan Bernama berhubung perkembangan kes berkenaan.
Setakat hari ini, polis telah menahan 14 individu, termasuk empat kakitangan bank bagi membantu siasatan kes itu.
Polis menerima empat laporan daripada pemilik akaun dan kakitangan bank pada awal Jun lepas di Petaling Jaya, Selangor, selepas mangsa menyedari pengeluaran wang mencurigakan yang dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.
Menjelaskan selanjutnya, BNM turut menegaskan bahawa semua institusi kewangan perlu melaksanakan kawalan yang kukuh untuk melindungi dana pelanggan serta integriti sistem kewangan.
"Ini termasuk sebagai contoh, keperluan untuk institusi kewangan menguatkuasakan kod etika yang kukuh.
"Institusi kewangan juga perlu menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan saringan terhadap bakal pekerja sebelum menerima mereka untuk berkhidmat," katanya.
Malah, BNM berkata individu yang mempunyai rekod kesalahan serta tidak jujur adalah dilarang daripada berkhidmat dengan mana-mana institusi kewangan.
Bank pusat itu turut mengingatkan mana-mana institusi yang terlibat dalam siasatan berkaitan untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan bertindak mengambil tindakan tatatertib yang tegas berdasarkan hasil siasatan dalaman.
"BNM juga menasihatkan pengguna untuk segera melaporkan sebarang transaksi tidak sah atau mencurigakan kepada bank masing-masing atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sebaik menyedari kejadian itu selain laporan kepada pihak polis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Bank pusat itu turut memandang serius semua laporan berkaitan pengeluaran wang tunai tidak sah secara besar-besaran yang membabitkan pekerja institusi kewangan dan pihak luar. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Dadah 'luar biasa' dikesan di Malaysia - Ayob Khan
Dadah ‘luar biasa’ dengan nama saintifik fentanyl yang dipercayai 100 kali lebih kuat daripada morfin dikesan berada dalam pasaran di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penemuan itu hasil sampel analisis air kumbahan di Lembah Subang yang dijalankan baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penemuan itu hasil sampel analisis air kumbahan di Lembah Subang yang dijalankan baru-baru ini.

'Lihat tahanan solat buat hati saya tersentuh untuk peluk Islam' - Mohd S Vijay
Selepas dibebaskan, Mohd S Vijay dan keluarganya memeluk Islam, dengan bimbingan seorang ustaz selama enam bulan.

Kes saman fitnah RM100 juta Synergy terhadap Shahrir Samad selesai
Kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan sebuah syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade terhadap Tan Sri Shahrir Ab Samad berhubung isu tanah Felda selesai.

Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1.2 juta
Seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa didera di sebuah pusat jagaan berdaftar di Batu Buruk sehingga koma , memfailkan saman RM1.2 juta.
AWANI Ringkas: Dadah 'Zombi' kini di Malaysia, 100 kali lebih kuat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Thailand mudah melepasi undi tidak percaya di Parlimen
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen pada Rabu.

Apple aktifkan ciri notifikasi apnea tidur dan bantuan pendengaran untuk pengguna Malaysia
Tiada sebarang kemas kini perisian diperlukan, dan ia diaktifkan untuk semua pengguna iOS 18.

Jurujual kereta didakwa bantu sembunyi wang lebih RM900,000
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Angin kencang burukkan lagi kebakaran di barat Jepun, 8 bangunan musnah
Pasukan bomba dan GSDF sedang berusaha mengawal kebakaran, dengan arahan pemindahan dikeluarkan kepada ribuan penduduk.

KPKT pulihkan 89 projek perumahan swasta bagi tempoh Jan-Feb 2025
Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) berjaya menyelamatkan 89 projek perumahan swasta dengan nilai GDV RM6.48 bilion bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

OPR dijangka kekal tidak berubah pada 3.00 peratus pada 2025
Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal tidak berubah pada 3.00 peratus sepanjang 2025.

Risiko BNPL kekal terkawal - BNM
Jumlah pembelian menerusi BNPL menunjukkan peningkatan dari segi jumlah transaksi dan nilai, kepada 83.8 juta transaksi dan RM7.1 bilion.

E-pembayaran catat peningkatan, transaksi e-pembayaran runcit terpilih cecah RM698.1 bilion pada 2024
Transaksi keseluruhan e-pembayaran meningkat sebanyak 28 peratus kepada 14.7 bilion transaksi tahun lepas.

Transaksi penipuan sebanyak RM399 juta berjaya dihalang pada 2024 - BNM
Kes utama yang dilaporkan kepada polis termasuk penipuan telekomunikasi (31.6%), e-dagang (30.6%), pinjaman (15.4%), pelaburan (13.9%).

Inflasi dijangka meningkat antara 2.0-3.5 peratus, kekal terurus tahun ini - BNM
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.5% hingga 5.5% pada 2025, didorong oleh permintaan domestik dan perbelanjaan sektor swasta yang stabil.

BNM pastikan kestabilan monetari kekal teguh dalam mendepani cabaran global
Inflasi dijangka terkawal pada 2025, dengan permintaan dalam negeri menjadi penampan terhadap kejutan luaran.

RUU Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini
Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih positif terhadap mata wang tempatan itu, kata seorang penganalisis.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.4245/4360 berbanding dolar AS, susut daripada 4.4215/4270 pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mac 2025.