awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti tambahan Aidiladha kepada penjawat awam Selangor pada 30 Jun

Bernama
Bernama
27/06/2023
12:27 MYT
Cuti tambahan Aidiladha kepada penjawat awam Selangor pada 30 Jun
Cuti tambahan berkenaan berikutan pengisytiharan tarikh Aidiladha yang jatuh pada Khamis, 29 Jun bersamaan 10 Zulhijah 1444H. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan pada Jumaat ini (30 Jun) kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri sempena sambutan Aidiladha.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haris Kasim berkata, cuti tambahan berkenaan berikutan pengisytiharan tarikh Aidiladha yang jatuh pada Khamis, 29 Jun bersamaan 10 Zulhijah 1444H.
Beliau berkata kemudahan cuti tambahan tersebut adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) dan khusus kepada semua penjawat awam di jabatan, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja.
"Bagaimanapun badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 (Akta 265).
"Pentadbiran Kerajaan Selangor juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat negeri ini," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuti tambahan
#penjawat awam
#Selangor
#Aidiladha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan