awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti umum, DUN Sabah tetap bersidang, esok (28 Nov) - Speaker

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2022
06:16 MYT
Cuti umum, DUN Sabah tetap bersidang, esok (28 Nov) - Speaker
Datuk Kadzim M Yahya berkata, keputusan meneruskan sidang DUN pada cuti am itu dibuat susulan pengesyoran mengadakan sidang oleh ketua dewan yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 yang dijadual pada Isnin hingga Khamis minggu depan akan diteruskan walaupun Kerajaan mewartakan cuti umum pada Isnin 28 November 2022.
Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata, keputusan meneruskan sidang DUN pada cuti am itu dibuat susulan pengesyoran mengadakan sidang oleh ketua dewan yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
"Dibawah peraturan tetap DUN Sabah, ketua dewan yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor boleh mengemukakan untuk menerus dan mengadakan sidang walaupun pada cuti am atau hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
"Oleh itu pada hari Jumaat lalu (25 November 2022), saya menerima surat daripada ketua dewan (Hajiji) yang mana beliau mengesyorkan sidang dewan diteruskan pada hari Isnin walaupun diwarta sebagai cuti am.
"Justeru saya bersetuju dan meluluskan syor tersebut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Pada Jumaat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti khas pada Isnin susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
Malah, Kerajaan Sabah turut memutuskan 28 November 2022 sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi negeri itu.
Selain itu, Kadzim menambah, selain Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan, dua lagi RUU akan dibentang termasuk usul daripada Kementeri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada mesyuarat kali ini.
Topic Berkaitan
#DUN Sabah
#cuti umum
#Kadzim M Yahya
#Speaker DUN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan