KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,837 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber Cyber999 CyberSecurity Malaysia, dari Januari hingga Ogos tahun ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata empat insiden tertinggi ialah penipuan sebanyak 2,400 kes, pencerobohan (396), berkaitan kandungan (378) dan kod berniat jahat (359).
Beliau berkata hal itu menunjukkan tahap kesedaran awam dalam kalangan pengguna Internet Malaysia perlu ditingkatkan lagi memandangkan rakyat masih menjadi mangsa ancaman siber.
"Bersenjatakan teknologi terkini, penjenayah siber kini menggunakan alatan AI (kecerdasan buatan) untuk menggodam kata laluan, membocorkan maklumat dan menipu pengguna, mengakibatkan pelanggaran data dan kerugian kewangan," katanya dalam ucaptama sempena pusingan akhir Piala Cabaran CyberSAFE Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan (NICTSed) 2023 di Auditorium Perdana Angkasapuri, Media City, di sini hari ini.
Teo berkata dalam Malaysia menuju ke arah masyarakat berpusatkan maklumat, mengutamakan keselamatan digital dalam sistem pendidikan adalah sangat penting, susulan risiko dan bahaya daripada Internet seperti penipuan dan kecurian identiti.
Beliau berkata wacana seperti NICTSed 2023 memupuk pemikiran kritis, perolehan ilmu, kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar yang meliputi kesedaran keselamatan siber, kerahsiaan data peribadi, perlindungan maklumat dan pengurusan risiko digital.
Teo berkata membina ketahanan siber melibatkan setiap anggota komuniti mempraktikkan amalan siber holistik, daripada melaksanakan amalan keselamatan siber terbaik kepada pembelajaran berterusan, kolaborasi dan perkongsian maklumat.
"Bagi kerajaan dan industri keselamatan siber pula, kita perlu secara berterusan melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, perancangan tindak balas insiden, pematuhan kawal selia dan kerjasama antarabangsa," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia Jeneral (B) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin dalam ucapannya berkata: "evolusi pantas AI terutama AI generatif membawa peningkatan signifikan merentasi industri dan sektor utama dan ironinya, teknologi yang sama memperkasa kehidupan harian kita, kini boleh dijadikan senjata oleh penjenayah siber.
"AI generatif menggunakan pembelajaran mesin untuk menjana teks, video, audio dan imej seakan manusia. Meskipun alatan ini mempunyai pelbagai penggunaan berfaedah, ia juga dieksploitasi oleh pelaku berniat jahat untuk melakukan serangan berbentuk kejuruteraan sosial dan serangan siber yang lebih canggih dan berkesan," katanya.
Zulkifeli berkata NICTSed, yang dilancarkan pada 2013, bermula sebagai pertandingan debat kebangsaan mengenai keselamatan siber untuk sekolah menengah di seluruh negara.
Beliau berkata sehingga kini, NICTSeD telah disertai 2,264 pelajar daripada 693 sekolah seluruh negara dan bagi edisi tahun ini, sebanyak 133 sekolah mengambil bahagian dengan tiga pasukan muncul finalis bagi pusingan akhir hari ini.
Sekolah Seri Puteri diumumkan sebagai johan NICTSeD 2023 dan memenangi RM5,000, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Selangor sebagai naib johan membawa pulang RM3,500 manakala SMK Kota Kemuning di tempat ketiga.
NICTSeD dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia dan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Penyiaran dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata empat insiden tertinggi ialah penipuan sebanyak 2,400 kes, pencerobohan (396), berkaitan kandungan (378) dan kod berniat jahat (359). - Gambar fail/Astro AWANI
Tanpa bantuan kewangan, British Council boleh "lenyap" dalam sedekad
British Council boleh "lenyap" dalam dekad akan datang tanpa campur tangan segera kerajaan, kata ketua eksekutif organisasi itu.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM12.5 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 sejak awal Januari.
Israel bebas kumpulan kedua tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata
114 banduan dari Penjara Ofer dipindahkan ke Ramallah, 16 banduan dihantar pulang ke Gaza dan 70 lagi diusir keluar dari Palestin.
Hubungan melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Bas membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah
Bas yang membawa tahanan palestin yang dibebaskan dari Penjara Israel tiba di Ramallah pada Sabtu.
Wanita Israel dibebaskan minggu depan - Hamas
Wanita warga Israel yang menjadi tebusan di Semenanjung Gaza akan dibebaskan minggu depan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengangkutan awam percuma selama seminggu di Bangkok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mengarahkan khidmat pengangkutan awam diberikan secara percuma di Bangkok selama seminggu bermula hari ini.
Kemboja gesa pakai pelitup muka, elak aktiviti di luar rumah
Kerajaan Kemboja pada Sabtu menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap pencemaran udara yang tinggi sekali gus menasihati mereka memakai pelitup muka untuk aktiviti luar.
Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
Akademi Keselamatan Siber Malaysia bakal dilancarkan suku pertama 2025
MCSA merupakan antara inisiatif utama bertujuan mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat dan boleh dipercayai.
Gobind seru tetapkan standard siber yang seragam dalam ASEAN
Usaha sedemikian akan meningkatkan saling kendali di seluruh Asia Tenggara, memberikan manfaat kepada negara anggota ASEAN.
Gangguan perniagaan kekal sebagai kebimbangan utama risiko perniagaan di Malaysia pada 2025
Gangguan perniagaan kekal di kedudukan teratas, mencerminkan gangguan rantaian bekalan yang teruk yang dialami semasa dan selepas pendemik.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Pengesahan identiti pengguna media sosial wajar dilaksanakan - Penganalisis
Langkah keselamatan melalui pengesahan identiti pengguna yang membuka akaun media sosial merupakan langkah yang wajar untuk dilaksanakan.
Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Malaysia menyasarkan untuk mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).