PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.
Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal, 27, daripada kedua-dua pertuduhan itu.
"Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepas dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan," katanya.
Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Syed Shah Iqmal, yang memakai kot berwarna hijau kelihatan tenang sepanjang prosiding kes itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memohon Syed Shah Iqmal dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada dua pertuduhan itu.
Norhashimah berkata permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 254 (2) Kanun Tatacara Jenayah.
"Selepas meneliti keseluruhan kes, pihak pendakwaan memohon kes ini diperintah untuk DNAA, memandangkan antara lain pengadu dalam kes ini mengalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya, sehingga pengadu beberapa kali mencederakan diri sendiri dan mempunyai 'Death Wishes'," katanya.
Norhashimah berkata pihak pendakwaan masih boleh meneruskan kes itu walaupun pengadu menarik balik laporan polis.
"Pengadu atau mangsa tidak hadir di mahkamah untuk angkat sumpah bagi memberi keterangan berkenaan laporan polis yang ditarik balik. Dalam kes ini, pihak pendakwaan sendiri yang mohon DNAA setelah ambil kira keadaan kesihatan pengadu yang tidak mengizinkan pada tahap ini," katanya.
Norhashimah berkata perintah DNAA tidak akan memprejudiskan tertuduh selagi tidak dibuktikan bersalah dan dia tidak perlu rasa terbeban, malah telah dilepas dengan ikat jamin oleh mahkamah sebelum ini.
Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan tersebut kerana pihak pembelaan percaya pengadu tidak berniat untuk meneruskan kes dan pihak pendakwaan juga hanya akan berpaksikan kepada keterangan lisan pengadu.
"Alasan pengadu mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan merupakan suatu alasan yang goyah. Wajar untuk berasa simpati, namun mahkamah telah menetapkan 13 kali tarikh termasuk sebutan kes tetapi pengadu sendiri telah menarik balik laporan pada Disember tahun lepas.
"Ini menunjukkan pengadu tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Laporan polis yang menjadi asas telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan," kata peguam itu.
Syed Amirul berkata siasatan yang dibuat adalah berdasarkan laporan polis oleh pengadu menyebabkan anak guamnya didakwa di mahkamah pada 10 Dis 2020.
"Ini bermakna sudah 538 hari kes ini berjalan sejak tertuduh didakwa, namun hari ini pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat untuk meneruskan kes.
"Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon kata putus daripada mahkamah bagi mengelakkan kes tersebut terus tergantung dan Syed Shah Iqmal boleh dituduh pada bila-bila masa dan akan terus dihantui sebagai pesalah seks," katanya.
Syed Shah Iqmal ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata beliau bersyukur kerana sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa apabila dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan jenayah seksual yang dihadapinya sejak dua tahun lepas.
"Alhamdulillah saya tidak mampu untuk berkata-kata, hanya bersyukur kepada Allah SWT atas keputusan mahkamah hari ini. Selepas ini kalau ada mana-mana pihak yang ingin memberikan tawaran untuk berlakon, saya terima sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Mahkamah melepas dan membebaskan Da'i Syed daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta. - Foto BERNAMA
KPKT, MOTAC kerjasama promosi pasar sebagai produk pelancongan
Kerajaan akan mempromosikan beberapa pasar di seluruh negara sebagai produk pelancongan.
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan (kpkt), nga kor ming berkata, malaysia mempunyai banyak pasar awam yang berusia lebih 50 tahun yang unik dan menarik, dan boleh diketengahkan sebagai tarikan.
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan (kpkt), nga kor ming berkata, malaysia mempunyai banyak pasar awam yang berusia lebih 50 tahun yang unik dan menarik, dan boleh diketengahkan sebagai tarikan.
Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas
Mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya
Tiga mahasiswa, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri, dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi, ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut.
Pemandu parah, enam pelancong China cedera bas terbabas
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 17 pelancong termasuk empat kanak-kanak dari China yang telah terbabas sendiri.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
'Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed
"Sepatutnya, saya cukur rambut anak perempuan pada tiga minggu lalu, namun perancangan Allah, saya pula yang dibotakkan," kata Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful.
Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun jel, tiga sebatan
Menerusi notis rayuan yang difailkan 30 Ogos lalu, Syed Shah Iqmal, membuat permohonan itu kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan hakim.
Mahkamah Tinggi benar tangguh hukuman penjara Da'i Syed sehingga rayuan didengar
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan penangguhan hukuman penjara Da'i Syed atas pertuduhan merogol seorang wanita.
Da'i Syed dihantar ke Penjara Kajang, mahkamah tolak permohonan tangguh hukuman
Hakim menolak permohonan Syed Shah Iqmal, 29, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan tersebut.
Kes rogol: Tindakan Da'i Syed tidak dapat diterima akal - Hakim
Tindakan Da'i Syed sebagai seorang pendakwah, merogol seorang wanita berusia merupakan suatu yang tidak dapat diterima akal secara munasabah.
Kes rogol: Da'i Syed dipenjara 10 tahun, tiga sebatan
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
'Ini ujian buat saya' - Da’i Syed
Da'i Syed menganggap kes pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas sebagai satu ujian Allah buatnya.
Kes rogol: Da'i Syed tarik balik rayuan
Pendakwah selebriti Da'i Syed menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
'Kami sampai...' - Isteri akui rumah tangga pernah goyah berikutan kontroversi rogol Da'i Syed
Hana berkata, kes rogol yang melibatkan suaminya itu menimbulkan syak wasangka sehingga menyebabkan dirinya bergaduh dengan Da'i Syed.