KUALA LUMPUR: Sebanyak 599 pusat hiburan di ibu kota diserbu sejak 2019 hingga kini dalam usaha membanteras aktiviti penggunaan dan pengedaran dadah di premis terbabit.
Menerusi serbuan itu, seramai 2,148 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan penggunaan dan pengedaran dadah manakala sebanyak 6.1 kilogram pelbagai jenis dadah dirampas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata sejak Januari lepas hingga kini, polis telah menyerbu 55 pusat hiburan dan menahan 160 orang selain merampas lebih lima kilogram dadah.
"Operasi turut melibatkan keseluruhan pengeluaran kompaun lebih RM1 juta di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Sepanjang tempoh operasi dilakukan, sebanyak 15 premis hiburan yang terlibat dengan kegiatan dadah telah ditutup," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Mengulas dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengenai 15 pusat hiburan di ibu kota yang dikesan melakukan kesalahan berkaitan dadah didalangi pemilik premis dan sindiket dadah, beliau berkata polis mengalu-alukan maklumat daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu.
"Saya ada dimaklumkan oleh pegawai mengenai kenyataan itu namun masih belum menerima sebarang maklumat rasmi. Sekiranya terima maklumat, siasatan dan tindakan sewajarnya akan diambil," katanya.
Musa yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dilaporkan akan menyerahkan senarai 15 pusat hiburan itu kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022
Azmi berkata sejak Januari lepas hingga kini, polis telah menyerbu 55 pusat hiburan dan menahan 160 orang selain merampas lebih lima kilogram dadah. -Gambar fail/Bernama
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
Urusan lesen dipermudahkan, tempoh lulus pusat hiburan, kilang, tadika dipendekkan 14 hari
Proses dokumentasi, penilaian teknikal dan tempoh kelulusan 'Lesen Berisiko' seperti pusat hiburan, kilang dan tadika, dipendekkan kepada maksimum 14 hari bekerja berbanding 32 hari sebelum ini.
Rusuhan di pusat hiburan di Sibu tiada kaitan gengsterisme - Polis
Kejadian merusuh di sebuah pusat hiburan di bandar ini pada awal pagi Sabtu yang menyaksikan lima lelaki diberkas dan empat individu mengalami kecederaan, tiada kaitan dengan gengsterisme.
DBKL tutup serta-merta pusat hiburan
Premis tersebut dikenakan tindakan di bawah bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.
184 ditahan dalam Ops Noda Khas dan Ops Hibur di Johor Bahru
Seramai 184 individu ditahan dalam serbuan bersepadu Operasi Noda Khas dan Ops Hibur di seluruh negeri malam tadi.
Polis kesan pemandu pecah cermin kenderaan di lebuh raya
Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin kenderaan lain di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.
Polis tahan lelaki cuba edar lebih 380 gram dadah di pusat hiburan Sibu
Pasukan keselamatan menemukan 10 paket plastik pelbagai saiz bertulis Juice Master disyaki mengandungi dadah jenis ekstasi.
Lapan lelaki bergaduh di premis hiburan ditahan
Lapan lelaki berusia 26 hingga 46 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah premis hiburan di Jalan Raja Chulan, Selasa lepas.
137 GRO warga asing ditahan
Seramai 137 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Johor Bahru.
Pusat hiburan 'dijaga' gangster kena gempur
Polis menggempur enam pusat hiburan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, Jumaat lalu.