KUALA LINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan satu sindiket menyeludup 26 kilogram (kg) dadah disyaki syabu bernilai lebih RM1 juta ke negara jiran.
Pengarah Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, dalam rampasan pukul 10 malam tadi, syabu itu ditemui dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di pantai Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat, Selangor.
Beliau berkata, sebuah bot bersama lima anggota dikerahkan ke perairan berkenaan selepas menerima maklumat berhubung aktiviti mencurigakan itu.
“Pemeriksaan dilakukan oleh anggota operasi terhadap sebuah beg pakaian yang dipercayai baru saja ditinggalkan menemui 26 bungkusan plastik bewarna kuning mengandungi hablur kristal yang disyaki dadah jenis syabu.
“Kesemua dadah dipercayai sengaja ditinggalkan dan akan diambil oleh pihak ketiga untuk diseludup keluar, bagaimanapun suspek-suspek terlibat dipercayai telah melarikan diri,” katanya dalam sidang media di Pejabat Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, kata Iskandar, pihaknya tidak menolak kemungkinan dadah berkenaan adalah untuk pasaran luar berikutan harganya mencecah RM200,000 sekilogram di negara jiran.
Katanya, setiap bungkusan dadah yang seberat sekilogram itu boleh menampung bekalan untuk kegunaan 56,000 penagih.
Pihaknya percaya sindiket terbabit adalah rangkaian penyeludup terancang selepas penemuan bahan sama disembunyikan dalam semak di lokasi berkenaan.
Menurutnya, kesemua dadah berkenaan akan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
Shuhada Abdul Kadir
Wed May 25 2022
Maritim Malaysia menggagalkan cubaan satu sindiket menyeludup 26 kilogram (kg) dadah disyaki syabu bernilai lebih RM1 juta ke negara jiran. - Gambar Astro AWANI
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Polis Sepang rampas tiga bagasi disyaki bahan proses dadah bernilai RM1 juta
Tiga bagasi disyaki mengandungi bahan membuat dadah bernilai RM1 juta dirampas polis Sepang pada 23 Jan lalu dari bahagian 'Lost and Found' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).