awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Daddy pesan akan kembali bersama' - Nooryana Najwa

Sinar Harian
Sinar Harian
04/02/2024
00:30 MYT
'Daddy pesan akan kembali bersama' - Nooryana Najwa
Tangkap layar hantaran menerusi aplikasi TikTok oleh Noorliyana Najwa (kiri) bersama Najib.
SHAH ALAM: Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa berkongsi kisah sewaktu melawat bapanya di Penjara Kajang.
Menerusi perkongsian di Instagramnya pada Sabtu, Nooryana Najwa berkata, Najib memegang surat berkenaan keputusan Lembaga Pengampunan yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong dan Menteri Wilayah Persekutuan.
"Yana lihat daddy pegang sekeping kertas di tangan.
"Yana tanya, apa tu daddy? Rupa-rupanya itu kertas keputusan Lembaga Pengampunan," katanya.
Beliau turut berkongsi pesanan bapanya bahawa akan ada hari nanti mereka akan kembali bersama.
"Jaga diri baik-baik, kekal positif. Akan ada peluang dan harinya kami bersama kembali," ujarnya ringkas.
Menurut Noorliyana Najwa juga, Najib mengetahui ramai sahabat dan penyokongnya yang sedih serta kecewa.
"Percayalah, Datuk Seri Najib sedang buat apa yang terdaya dan termampu untuk kembali bersama semua," tambahnya.
Pada Jumaat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 yang memutuskan hukuman terhadap Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara.
Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkata, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.
Denda yang perlu dibayar Najib sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#pengampunan Najib
#lembaga pengampunan
#Nooryana Najwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan