awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daftar prabayar tanpa pengesahan, lima syarikat telekomunikasi dikompaun

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
09/12/2020
03:13 MYT
Daftar prabayar tanpa pengesahan, lima syarikat telekomunikasi dikompaun
Tindakan yang diambil SKMM adalah sebagai melindungi kepentingan pengguna daripada kes penipuan dalam talian.
KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan 15 kompaun bernilai RM750,000 kepada lima syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran kad SIM prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna.
Tindakan diambil berdasarkan kepada audit yang dijalankan di Pahang, Kelantan dan Terengganu bagi tempoh antara Ogos dan Oktober tahun lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SKMM berkata, antara syarikat terlibat adalah Digi Telecommunication Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, Umobile Sdn Bhd, Tune Talk Sdn Bhd dan YTL Communication Sdn Bhd.
Sumber Facebook SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia
Susulan perkembangan terbaharu ini, SKMM menyatakan, jumlah kompaun yang dikeluarkan sepanjang tahun ini adalah sebanyak 70, yang bernilai RM3.45 juta.
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 16 peratus, berbanding 58 kompaun berjumlah RM2.9 juta bagi kesalahan yang sama tahun lalu.
Kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Jelas SKMM, tindakan yang diambil ini sebagai melindungi kepentingan pengguna daripada kes penipuan, atau scam, secara dalam talian.
Topic Berkaitan
#SKMM
#kompaun
#prabayar
#Digi
#Maxis
#UMobile
#Tune Talk
#ytl
#MCMC
#pendaftaran
#kad sim
#pengesahan maklumat
#penipuan
#scam
#dalam talian
#syarikat telekomunikasi
#audit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan