Dagangan sekuriti Destini berisiko digantung jika terus gagal kemuka laporan tahunan

Sekiranya Destini gagal mengemukakan laporan tersebut pada atau sebelum 7 Nov 2025, dagangan sekuriti syarikat akan digantung bermula 10 Nov 2025. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Destini Bhd berdepan kemungkinan dagangan sekuritinya digantung selepas gagal mengemukakan laporan tahunan, termasuk penyata kewangan beraudit dan laporan pengarah dan juruaudit bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2025 dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Ringkasan AI
- Destini Bhd berisiko dagangan sekuritinya digantung kerana gagal mengemukakan laporan tahunan, termasuk penyata kewangan beraudit, dalam tempoh yang ditetapkan sehingga 30 Jun 2025.
 - Bursa Malaysia menegaskan bahawa sekiranya Destini gagal mengemukakan laporan tersebut pada atau sebelum 7 Nov 2025, dagangan sekuriti syarikat akan digantung bermula 10 Nov 2025.
 - Syarikat menerangkan bahawa laporan tahunan kini berada dalam proses akhir penyediaan, dan mereka sedang berusaha menyelesaikan prosedur pentadbiran serta penyusunan akhir sebelum tarikh yang ditetapkan.
 
Di bawah Perenggan 9.28(6) peraturan penyenaraian, sekiranya penyata kewangan masih belum dikemukakan selepas enam bulan daripada tarikh akhir, prosedur penyahsenaraian boleh dimulakan terhadap syarikat berkenaan.
Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Destini berkata laporan tahunan itu kini berada di peringkat akhir penyediaan, dan syarikat berkenaan dalam proses untuk menyelesaikan prosedur pentadbiran serta penyusunan akhir.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


