KUALA LUMPUR: Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 yang dilancar semalam dilengkapi 39 strategi dan 95 pelan tindakan sepanjang lima tahun tempoh pelaksanaannya, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata pemantauan akan dilakukan terhadap setiap program yang dianjurkan sepanjang tempoh pelaksanaan dasar tersebut antara 2021 dan 2025 sekali gus yakin pihak berkepentingan akan memberi kerjasama dan sokongan padu dalam merealisasikan DAKEN.
"Semakan semula strategi dan pelan tindakan DAKEN akan dilaksanakan selepas 2025," katanya berucap pada majlis pelancaran DAKEN di Panggung Sari Kompleks Kraf, Jalan Conlay di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri MOTAC Datuk Seri Dr Santhara Kumar dan Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Dr Noor Zari Hamat.
Nancy berkata DAKEN adalah hasil kajian, semakan dan kesinambungan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971.
Menurut Nancy pelaksanaan DAKEN itu akan melibatkan empat institusi penting iaitu kekeluargaan, pendidikan, kemasyarakatan dan perkhidmatan.
Beliau berkata dasar tersebut tidak akan meminggirkan mana-mana pihak selari dengan agenda pembangunan sosioekonomi negara.
"Ini bermakna Keluarga Malaysia bebas untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam usaha merealisasikan agenda DAKEN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021
Nancy ketika berucap pada Majlis Pelancaran DAKEN di Panggung Sari Kompleks Kraf, 26 Okt, 2021. --fotoBERNAMA
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
DAKEN 2021 dilengkapi 39 strategi, 95 pelan tindakan - Nancy
Pemantauan akan dilakukan terhadap setiap program yang dianjurkan sepanjang tempoh pelaksanaan dasar tersebut antara 2021 dan 2025.
Kerajaan sasar perolehan sektor budaya pada aras RM1 bilion menjelang 2025 - PM
DAKEN 2021 adalah dokumen yang holistik dan inisiatif itu seiring untuk menjadikan sektor ini sebagai pemangkin sosio-ekonomi Keluarga Malaysia.