MELAKA: Ibu bapa murid Tahun Tiga yang videonya tular di laman sosial berhubung dakwaan anak mereka dipukul di muka ketika dalam kelas sepakat menyelesaikan perkara itu secara baik dengan guru berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ibu bapa kanak-kanak itu sebelum ini membuat laporan polis pada 23 Jun lepas berikutan anak perempuan mereka yang bersekolah di sebuah sekolah kebangsaan di sini, didakwa dipukul di muka dengan buku latihan.
"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kegagalan murid tersebut menyediakan kelengkapan sekolah dan menjawab pertanyaan guru itu dengan nada suara yang tidak boleh diterima.
"Perkara itu telah ditularkan di beberapa platform media sosial milik ibu bapa tersebut sehingga mencetuskan perasaan tidak senang dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Christopher berkata perkara itu juga membawa kepada satu laporan polis yang dibuat guru berkenaan pada hari yang sama demi keselamatan dirinya.
"Susulan daripada kejadian ini, sesi mesyuarat permuafakatan telah diadakan pada 27 Jun di sekolah terbabit dan 5 Julai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dengan penglibatan pentabiran sekolah dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
"Kedua-dua belah pihak telah menyelesaikan perkara ini dengan baik dan muafakat dalaman tanpa melibatkan tindakan undang-undang atas kepentingan bersama," katanya.
Christopher berkata pihak terlibat juga telah diberi surat amaran serta nasihat sebagai pengajaran agar tidak mengulangi perbuatan tidak beretika dan menyalahi undang-undang, manakala orang ramai pula dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi serta memanipulasi kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Kiri, tangkap layar video tular di laman sosial pertemuan antara ibu (kanan) murid didakwa dipukul dan guru serta guru besar di pejabat sekolah. - Foto Sinar Harian

Air banjir hanyut kayu balak ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.

Pemandu lori ditetak angkara dendam lama
Dendam disyaki punca seorang pemandu lori cedera akibat ditetak seorang lelaki yang bersenjatakan parang di sebuah rumah di Pandan Perdana, pada Selasa.
Singapura naik tarif air 18 peratus dalam dua fasa
Ketika ini air boleh diminum di Singapura berharga 2.74 dolar Singapura (RM9.40) untuk setiap 1,000 liter atau setiap meter padu, sebelum cukai bagi kebanyakan isi rumah.
Jawatankuasa harmoni diwujudkan semula
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar, jawatankuasa itu akan dianggotai pemimpin-pemimpin agama di negara ini.

Ayda Jebat masih pilih pembedahan Caesarean bersalin anak kedua Disember ini
Menurut Ayda, 31, perkara tersebut turut dipersetujui suaminya, Nabil Mahir dan membuat keputusan tersebut kerana sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.
BN perlu menang, bina keyakinan menuju PRU16
Jelas Mohamad, begitu pun kemenangan BN pada PRK DUN Pelangai tidak boleh menjadi ukuran kepada kekuatan gabungan tersebut.

Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.
AWANI Ringkas: Caj transaksi 1 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Polis kesan Syafiq Raj bantu siasatan kes cubaan bunuh
Syafiq Raj Kalai Selvan, 27, dicari selepas disyaki melanggar seorang lelaki dengan kereta hingga mangsa cedera parah.

Sindiket pecah rumah sasar kondominium, pangsapuri di tiga negeri tumpas
Sindiket pecah rumah yang menyasarkan kondominium dan pangsapuri di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur berjaya ditumpaskan dengan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita.

Suntik dadah dalam minuman berkultur, modus operandi pasangan suami isteri
Taktik pasangan suami isteri menjadi dalang pengedaran dadah dengan menggunakan minuman berkultur dan jus bagi mengaburi mata pihak berkuasa tumpas, selepas ditahan dalam dua serbuan berasingan.

Wanita maut terjatuh tingkat 12
Pegawai penyiasat tiba di lokasi mendapati satu mayat wanita lengkap berpakaian ditemukan tertiarap bahagian belakang hotel tersebut.

Pelajar trauma jadi mangsa jenayah seksual rakan asrama
Setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar disyaki terlibat untuk siasatan.

Dakwaan banduan lari dari penjara palsu
Anggota Penjara Sungai Udang akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tular yang mengatakan 30 banduan mereka berjaya melarikan diri.

Kereta mewah terjunam sungai, peniaga kafe selamat
Mangsa memberi laluan kepada kenderaan lain dari arah bertentangan sebelum kenderaannya tergelincir ke dalam sungai.

Dakwa murid Tahun Tiga dipukul di muka, ibu bapa-guru selesai cara baik
Kedua-dua belah pihak telah menyelesaikan perkara ini dengan baik dan muafakat dalaman tanpa melibatkan tindakan undang-undang.