awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa wujud rasuah projek Rancangan Tebatan Banjir, Nik Nazmi saman Chegubard

Bernama
Bernama
21/12/2023
12:57 MYT
Dakwa wujud rasuah projek Rancangan Tebatan Banjir, Nik Nazmi saman Chegubard
Nik Nazmi berkata ini bukan kali pertama Chegubard membuat tuduhan liar dan tidak berasas. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
Nik Nazmi menyifatkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu yang mendakwa projek RTB dikendalikan kementeriannya mencecah RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada menteri, sebagai tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat.
"Tuduhan Chegubard tidak berasas dan menunjukkan beliau tidak memahami proses perolehan dan peruntukan belanjawan kerajaan.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah jahat ini dan akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap beliau dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ini bukan kali pertama Chegubard membuat tuduhan liar dan tidak berasas.
Nik Nazmi berkata Kerajaan Perpaduan telah menilai semula cadangan-cadangan projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi untuk memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal dengan siling peruntukan pembangunan keseluruhan 33 projek RTB yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan berjumlah RM11.8 bilion, dan bukannya RM16.6 bilion seperti yang didakwa oleh Chegubard.
"Hampir kesemua projek RTB kerajaan pada tahun ini masih melalui proses tender, dan untuk tahun ini 19 projek telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST).
"Belum ada perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan," katanya.
Selain itu, Nik Nazmi berkata projek RTB kerajaan melalui proses perolehan yang telus melibatkan tatakelola Kementerian Kewangan serta mesyuarat Lembaga Perolehan yang beliau sendiri tidak terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RTB
#proses tender
#perbelanjaan pembangunan
#belanjawan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan