KOTA BHARU: Pas menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM untuk menjalankan siasatan isu tular video pemberian wang kepada pengundi.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, SPRM mempunyai kuasa untuk menjalankan sebarang siasatan.
Pas berpandangan sama ada sesuatu kes itu berlaku kesalahan atau sebaliknya hanya dapat dibuktikan di mahkamah.
“Kita serah kepada SPRM sebab perkara ini sudah dilaporkan dan menjadi kes SPRM walaupun kita rasa tak jadi masalah. Apa-apa tugas SPRM biarlah dia laksanakan, tidak perlu buat apa.
“Asas kita begini, sesiapa yang dituduh dia belum lagi bersalah, kalau belum dibuktikan di mahkamah kita tak boleh kata dia bersalah, kalau begitu (contohnya) TPM bersalah. Kalau betul undang-undang asas dia begitu, kalau betul kita salah kita terima, jangan kata Pas mengamalkan politik wang, kalau begitu TPM pun salah,” katanya.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan pimpinan Pas boleh memberi sebarang tafsiran berhubung tindakan pemberian wang tunai pada pilihan raya mengikut pandangan mereka.
Namun pihak SPRM katanya telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pemberian wang tunai ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu seperti yang dipaparkan dalam satu video yang tular.
Bagaimanapun Sabtu lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan pengagihan wang oleh segelintir individdu kepada pengundi ketika PRU15 adalah merupakan satu sedekah.
Muhafandi Muhamad
Thu Jan 26 2023

Mohd Amar berkata, SPRM mempunyai kuasa untuk menjalankan sebarang siasatan.- Fail Astro AWANI

SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat
Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.

Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.

Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.

Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.

Pemilik Newcastle ambil pegangan majoriti dalam empat kelab Saudi termasuk Al-Nassr
Kelab Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr, Al-Hilal bertukar menjadi syarikat yang dimiliki PIF dan yayasan tidak berasaskan keuntungan.

Lambakan durian, peniaga mengeluh harga runtuh
Pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak 'buang harga'.

Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, serta kesan kejatuhan ringgit dijangka jadi tumpuan pada persidangan sidang Dewan Rakyat hari ini.

10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN
Kata Razali, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.

Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Siasatan awal menunjukkan kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi punca pelanggaran yang mengorbankan 275 orang.

Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan untuk mengelakkan tercetusnya rusuhan.

Pas sedia kerjasama dengan Tun M
Kesediaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkembangan itu mewakili PN secara keseluruhannya.

Pas ajak UMNO bersatu bawah payung kesatuan
Dewan Muslimat Pas mengajak UMNO untuk bersatu di bawah payung kesatuan Islam dan Melayu dengan meletakkan asas kesatuan demi perpaduan ummah.

PRN: Pembahagian kerusi sudah selesai, tinggal umum sahaja
PN Negeri Sembilan sudah memuktamadkan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan hanya menunggu masa untuk diumumkan.

Pas juga liberal dalam bidang seni - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menjelaskan kerajaan Kelantan yang diterajui Pas membuktikan perkara tersebut dengan membantu usaha memperkasakan seni.

Isteri Mursyidul Am Pas meninggal dunia
Isteri kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada petang Khamis.

PN kekalkan formula PRU15 hadapi PRN enam negeri
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata calon Pas akan dikekalkan di kawasan yang dimenangi parti itu manakala calon Bersatu akan dipertaruhkan di kawasan yang dimenangi UMNO.

Kejatuhan ringgit: "Baca laporan kewangan, ekonomi, bukan laporan Pas" - PM Anwar
Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia bukan berpunca daripada negara mempunyai seorang Menteri Kewangan yang tidak bekerja sepenuh masa.

Kabinet tidak pernah bincang tawaran untuk Pas sertai Kerajaan Perpaduan
Kabinet setakat ini tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan mahu pun tawaran terhadap parti PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Zahid tegaskan sudah serik dengan Pas
Ahmad Zahid berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini, tidak ada satu parti yang bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan akan mempercayai Pas

Rafizi nafi PKR tawar Pas sertai Kerajaan Perpaduan
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa PKR ada menawarkan parti itu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.