Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Husein yang didakwa 'menghina sultan' mempertahankan dirinya berhubung video yang menunjukkan beliau berbincang kemungkinan Malaysia menjadi negara republik tanpa sultan, lapor Malaysiakini.

Wan Ji dilaporkan berkata apa yang dibincangkan dalam video tersebut merupakan kiasan sewaktu perbincangan berkaitan 'fiqh tawaqqu'-satu cabang pengajian Islam- yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan.

Beliau mendakwa memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang sultan.

Pada Selasa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO lain membuat laporan polis dengan mendakwa Wan Ji menghina sultan dan menggesa tindakan diambil terhadap pendakwah bebas itu.