awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembenihan hujan: Paras Empangan Bukti Merah meningkat, namun masih kritikal

Bernama
Bernama
05/08/2025
07:13 MYT
Pembenihan hujan: Paras Empangan Bukti Merah meningkat, namun masih kritikal
Kapasiti simpanan Empangan Bukit Merah meningkat daripada 6.65 juta meter padu (12.2 peratus) kepada 7.25 juta meter padu (13.31 peratus). - Gambar fail
IPOH: Paras bacaan air Empangan Bukit Merah mencatatkan peningkatan daripada 6.03 meter kepada 6.096 meter setakat pagi tadi, susulan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang menghasilkan hujan di beberapa kawasan terbabit semalam.

Ringkasan AI
  • Paras air Empangan Bukit Merah meningkat kepada 6.096 meter dan kapasiti simpanan naik kepada 7.25 juta meter padu susulan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang menghasilkan hujan.
  • Walaupun terdapat peningkatan, empangan masih berada pada tahap aras henti bekalan pengairan dan bekalan air ke sawah belum dapat dimulakan semula.
  • OPA dilaksanakan oleh NADMA bersama Jabatan Meteorologi dan TUDM bagi menangani kesan cuaca panas, dengan fokus kepada keperluan bekalan air mentah.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak memaklumkan kapasiti simpanan empangan turut meningkat daripada 6.65 juta meter padu (12.2 peratus) kepada 7.25 juta meter padu (13.31 peratus).
"Bagaimanapun status semasa empangan masih di tahap aras henti bekalan pengairan seperti yang ditetapkan dalam Standard Operasi Prosedur (SOP) sedia ada.
"Peningkatan simpanan kolam empangan ini sedikit sebanyak membantu memanjangkan tempoh bekalan air bagi keperluan domestik, namun bekalan air bagi tujuan pengairan ke Rancangan Pengairan Kerian masih belum dapat dimulakan semula," menurut jabatan berkenaan dalam kenyataan hari ini.
Semalam, OPA diketuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia dilaksanakan di beberapa kawasan terjejas akibat cuaca panas termasuk di Empangan Bukit Merah yang mengalami penyusutan sejak Jun lepas.
Berikutan fenomena panas dan kering, empangan berkenaan telah mencapai aras henti bekalan pengairan pada 6.096 meter sejak 22 Julai lepas dan mengikut SOP pengendalian empangan, bekalan air ke sawah akan dihentikan sementara waktu bagi memberi laluan kepada bekalan air mentah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OPA
#pembenihan hujan
#musim kemarau
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan