SHAH ALAM: Dakwaan kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini disengajakan kerana hendak menuntut insurans adalah tidak logik, tegas Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.
Beliau sebaliknya mempersoalkan dakwaan tular di media sosial itu memandangkan cawangan gedung tekstil di Shah Alam adalah kedua paling maju selepas Jakel Mall, Kuala Lumpur.
"Shah Alam merupakan kedua terbanyak jualan yang mana setahun memberikan sebanyak hampir RM300 juta, buat apa kita bakar?
"Sudah dua minggu berturut-turut orang ramai disebabkan cuti sekolah. Kejadian berlaku pada hari Ahad, iaitu seminggu sebelum tamat jualan murah dan memang orang tengah sesak beli barang.
"Hari Jumaat pun barang berapa juta masuk (seperti) kain-kain baru untuk menyokong jualan. Kemudian, hari raya lagi tiga bulan dan memang waktu untuk membeli-belah selain Shah Alam kebiasaannya padat kalau musim perayaan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Mohamed Faroz menambah, bukan kerja pihaknya untuk melakukan perbuatan kotor seperti itu.
"Kita ada lebih 500 pekerja, gaji pun kita komited bayar. Ini kedai tutup setahun kita hilang jualan. Gaji sebulan berapa? Lebih RM2 juta. Kalau kita bakar, mana nak dapat RM2 juta untuk bayar (gaji).
"Insurans bukan boleh bayar esok. Insurans nak kena proses dan ada prosedur. Mungkin enam bulan atau setahun.
"Selepas itu jumlah barang lebih daripada insurans. Buat apa kita nak ambil satu langkah yang merosakkan nama Jakel. Apabila ini berlaku, kita pun terkesan. Tetapi kita reda dengan kehendak Allah dan yakin ada hikmah di sebaliknya," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat fitnah tersebut selain telah membuat laporan polis mengenainya.
"Kita akan buat beberapa lagi laporan polis dan sudah dapatkan maklumat-maklumat (ini) semua serta meneruskan (tindakan undang-undang) bagi pemfitnahan-pemfitnah ini," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 03 2023
Mohamed Faroz mempersoalkan dakwaan tular di media sosial itu memandangkan cawangan gedung tekstil di Shah Alam adalah kedua paling maju selepas Jakel Mall, Kuala Lumpur.- Foto Sinar Harian
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Wisma Jakel terbakar: Bomba fokus unsur sabotaj, sisa bara api
Bomba memerlukan tempoh 14 hari bagi menjalankan siasatan dan analisis awal termasuk mendapatkan saksi kejadian itu.