KUALA LUMPUR: Cyber Security Malaysia (CSM), Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) serta Jabatan Perlindungan Data Peribadi sedang menyiasat dakwaan berlaku kebocoran data melibatkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata pihaknya memberi masa kepada agensi-agensi berkenaan untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara tersebut.
"... kerana kadang-kadang maklumat yang dipaparkan dalam laman 'dark web', ia adalah maklumat lama yang telah 'dibungkus' semula dan dipersembahkan semula seolah-olah maklumat itu baharu.
"Tetapi saya akan dapatkan maklumat, dan insya-Allah pejabat saya akan keluarkan kenyataan kemudian," katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini pada Jumaat.
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan seorang pengguna media sosial pada 5 Disember lalu mendakwa data peribadi daripada Perkeso dibocorkan di sebuah forum.
Antara data tersebut melibatkan nama penuh, nombor MyKad, jantina, alamat e-mel, tempat tinggal dan beberapa transaksi perbankan.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memproses data diingatkan agar lebih berwaspada.
Beliau menambah agensi-agensi berkenaan juga disaran melaksanakan ujian dengan syarikat keselamatan siber bertauliah bagi mengenal pasti sebarang kelemahan dalam sistem keselamatan masing-masing.
Terdahulu, Perkeso dalam kenyataan memaklumkan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang pertubuhan tersebut diserang penggodam sejak Sabtu lalu.
Jelas Perkeso, pelan pengurusan krisis diaktifkan pada hari sama, dengan unit teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) digerakkan bagi tujuan pemulihan sistem.
Peringkat awal modus operandi serangan siber itu dikenal pasti bertujuan melumpuhkan segenap infra Perkeso yang digunakan bagi pengoperasian seharian.
Sementara itu, mengulas mengenai Program Setahun Bersama Kerajaan Madani pula, Fahmi berkata seramai 200,000 pengunjung dijangka hadir sepanjang tiga hari penganjuran yang bermula hari ini.
"Setakat ini saya difahamkan sejak 9 pagi hingga 12 tengah hari, seramai 16,000 telah hadir dan ini baru permulaan.
"Kalau kita lihat petang ini jumlah yang hadir juga agak ramai, dan kita akan ada rehat pada jam 4 petang untuk bersiap sedia bagi perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam ini dan disambung balik pagi esok," katanya.
Dalam masa yang sama, beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berharap rakyat dapat memanfaatkan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani khususnya untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan, selain memanfaatkan kemudahan yang disediakan.
Hasimi Muhamad
Fri Dec 08 2023
Fahmi menghadiri Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini pada Jumaat. - Gambar/ Astro AWANI
Majoriti rakyat Malaysia anggap kerajaan pilih kasih, beri layanan ikut kasta - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.