IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat dakwaan mengenai kegiatan gengsterisme di bandar raya ini, yang kini tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, pasukan itu akan menyiasat semua maklumat yang diberikan seorang pemilik akaun Facebook bernama ‘Meganathan Nathan’, yang mendapat perhatian masyarakat.
Menurut beliau, pihaknya memandang serius mengenai aduan yang dibuat individu berkenaan.
“PDRM Ipoh ingin mengucapkan terima kasih kepada pemberi maklumat dalam perkara ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Bagaimanapun, bagi tujuan keselamatan, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak mendedahkan identiti peribadi dan membuat aduan melalui kaedah tular di media sosial.
Yahaya berkata, aduan atau maklumat tersebut sewajarnya dihantar melalui saluran yang betul ke Pusat Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-254 2222 atau email Ketua Polis Daerah Ipoh di [email protected].
Selain itu, katanya, segala maklumat mengenai kegiatan jenayah di Ipoh juga boleh disalurkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah melalui e-mail kbsjdipo[email protected] di mana identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
Terdahulu, tular mengenai aduan seorang pemilik akaun Facebook kononnya terdapat kegiatan kumpulan kongsi gelap di Ipoh yang melibatkan golongan remaja.
Kumpulan itu yang dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan aktiviti jenayah, turut didakwa cuba mempengaruhi remaja lain di kawasan sekitar untuk menyertai mereka.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Aug 01 2021

Bagi tujuan keselamatan, polis menasihatkan orang awam supaya tidak mendedahkan identiti peribadi dan membuat aduan melalui kaedah tular di media sosial.

Sukan Asia: Ayuh Malaysia, bangkit ke arah Paris 2024!
China merupakan juara keseluruhan Sukan Asia sejak 1982 dan sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini, sudah pasti mereka mahu menggapai kegemilangan yang luar biasa apabila acara berpingat bermula secar

Melaka laksana penggunaan satu pas, satu harga lawat muzium
Perbadanan Muzium Melaka laksana penggunaan pas masuk secara berpakej untuk melawat muzium di bawah kendalian agensi itu pada satu bayaran.

Hantaran Taylor Swift di Instagram pecah rekod pendaftaran undi
Penyanyi "Only the Young" itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

Murid ditampar: Polis akan rakam keterangan guru, beberapa individu
Polis akan merakam keterangan seorang guru dan beberapa individu lain bagi siasatan lanjut berkaitan dakwaan seorang murid yang ditampar.

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.
Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru
Penemuan itu ditemui sewaktu pekerja dari syarikat gas Calidda sedang melakukan penggallian di Carabayllo.

Penganggur mengaku bersalah rogol adik ipar Darjah 5
Seorang penganggur berusia 22 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun, minggu lepas.

RM10.73 juta naik taraf kemudahan di Tambun, Ipoh, Taiping dan Teluk Intan
Menteri KPKT Nga Kor Ming berkata semua projek berkenaan akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Ambang Merdeka: Polis Ipoh laksana lencongan, penutupan jalan
Antara jalan yang terlibat adalah Bulatan Sultan Azlan Shah, Lebuh Meru Raya, Persiaran Meru Raya 1 dan Persiaran Meru Raya 2.

Panggilan bom palsu di AEON Mall Klebang, polis tahan seorang lelaki
Warga tempatan berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Tasek kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Premis perniagaan enggan kibar Jalur Gemilang akan dikompaun - Datuk Bandar Ipoh
Semua premis perniagaan di bandar raya ini yang enggan mematuhi notis arahan pemasangan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan akan dikenakan kompaun RM250.

Dua maut, seorang parah kereta terbabas rempuh tiang elektrik
Ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 30-an didapati tersepit dalam kenderaan susulan kemalangan itu.

Penerbangan Ipoh-Bangkok tidak lama lagi
Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan perbincangan dengan Thai Travel Agents Association (TTAA) mengenai laluan penerbangan dari Ipoh ke Bangkok, Thailand yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Taman Dinosaur pertama di Perak akan bertapak di Taman Rekreasi Gunung Lang
Pembinaan tersebut merupakan yang ketujuh di Malaysia selepas Pulau Pinang, Genting, Kuala Lumpur, Kuantan, Melaka dan Tuaran.

Polis tahan empat lelaki edar dadah RM2.54 juta
Polis menahan empat lelaki di dua lokasi berasingan di sekitar Ipoh kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah bernilai RM2.54 juta, pada Khamis, minggu lalu.

Murid ditimpa tangki pam tandas masih trauma, ikuti kaunseling
Murid perempuan Tahun Tiga yang cedera ditimpa tangki pam tandas ketika menggunakannya di Sekolah Kebangsaan (SK) Perpaduan pada Selasa lepas masih dalam keadaan trauma.