SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) mengambil serius dakwaan kelemahan sistem pengundian parti oleh calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli.
Pengerusi JPP PKR, Zaliha Mustafa berkata, sistem aplikasi ADIL yang digunakan untuk pemilihan kali ini mempunyai pelbagai ciri sekuriti untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.
"JPP mengambil keputusan untuk tidak menggunakan QR code pada kali ini bagi menghapuskan risiko penipuan di mana ia boleh dicetak berkali-kali.
"Ia juga sekali gus menutup ruang untuk mana-mana anggota melakukan pengundian berganda secara berulang kali.
"Demi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, maka untuk pemilihan kali ini, JPP mewajibkan penggunaan dakwat calit undi.
"Kami juga memperkenalkan sistem pemantauan ketat yang mana hanya pengawas bertugas mempunyai akses kepada kod kata laluan berbeza-beza bagi membuka kertas undi digital tersebut di peranti pengundian disediakan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, salah satu daripada ciri keselamatan yang dibangunkan ialah ahli boleh menyemak kembali pilihan mereka sebelum menekan butang hantar.
"Selepas penghantaran kepada peti undi mega atau ‘cloud’, sistem akan secara automatik kembali ke muka surat asal.
"Pengawas pula perlu memasukkan kembali kod kata laluan sebelum ke muka surat dimana nombor kad pengenalan dimasukkan, bagi membolehkan pengundi seterusnya mengundi," katanya.
Beliau berkata, JPP hanya membenarkan pengawas sahaja untuk memasukkan nombor kad pengenalan yang dikemukakan oleh ahli.
"Setelah disahkan nombor kad pengenalan yang betul dimasukkan, barulah anggota tersebut boleh mendapatkan kertas undi digital yang bertepatan dengan keanggotaan masing-masing.
"Pengawas adalah pengendali pemilihan yang dipilih dari kalangan rakyat Malaysia yang cukup umur, yang bukan merupakan anggota parti, seperti dari kalangan mahasiswa, NGO dan pihak yang tiada berkepentingan.
"Penyelaras Tempat Undi (PTU) dan petugas pula adalah dari kalangan anggota parti yang tugasnya hanyalah membantu melancarkan proses pemilihan di satu-satu cabang dan mereka dilarang sama sekali berada di ruang pengundian dan dilarang keras dari menyentuh mana-mana peranti yang sepenuhnya di bawah tanggungjawab dan pengawasan pengawas," katanya.
Beliau berkata, JPP boleh mengambil langkah untuk membatalkan keputusan pengundian dan melakukan semula pengundian bagi setiap cabang atau sektor jika didapati ia disebabkan oleh kelemahan sistem Aplikasi ADIL.
"Jika keperluan tersebut berlaku maka parti, pimpinan dan akar umbi harus menerima baik sebarang kemungkinan atas keputusan yang bakal diambil Jawatankuasa Pemilihan Parti 2022, demi kebaikan dan ketelusan perjalanan Pemilihan 2022.
"Langkah keselamatan dan ciri-ciri sekuriti sedia ada dalam penggunaan aplikasi ADIL, beserta dengan sistem dan proses pengundian yang dikawal rapi, ditambah lagi dengan pengenalan penggunaan dakwat calit undi memastikan pemilihan parti berjalan dengan telus, saksama dan selamat," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 17 2022
ZALIHA: JPP mengambil keputusan untuk tidak menggunakan QR code pada kali ini bagi menghapuskan risiko penipuan di mana ia boleh dicetak berkali-kali. -Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
Pengelasan golongan T15 bagi penyasaran RON95 diumum pertengahan 2025 - Rafizi
Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 (berpendapatan tinggi) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Malaysia sasar dapatkan teknologi maju, pelaburan bagi proses REE - Rafizi
Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Pendaftaran PADU Fasa 2 dibuka selepas Kabinet luluskan - Rafizi
Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak peket - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak peket.
Rangka kerja, strategi ekonomi biru sedang dibangunkan - Rafizi
Satu rangka kerja dan strategi ekonomi biru sedang dibangunkan di peringkat Kementerian Ekonomi, yang dijangka disiapkan menjelang akhir 2025, kata Menterinya Rafizi Ramli.
Semenanjung Malaysia semakin kehabisan sumber minyak, gas
Sumber minyak dan gas di Semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.