Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengesahkan dakwaan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat pada penghujung bulan ini hanya khabar angin.
Malah beliau mengaku langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu.
"Saya tidak tahu siapa yang kata. Mungkin kamu dengar sahaja. Itu cuma desas-desus," katanya kepada media selepas menyampaikan Anugerah Inovasi Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi di sini hari ini.
Beliau juga mahu semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi.
Pada masa sama, Tengku Adnan berkata Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual bulan depan.
"Ya, akan ada lagi Mesyuarat MT," jelas beliau.
Menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan 8 hingga 12 Disember depan, desas-desus mengenai pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin mula timbul.
Pemecatan pemimpin nombor dua parti itu didakwa akan dilakukan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebelum perhimpunan agung parti.
Rahimah Abdullah
Thu Nov 12 2015
TENGKU ADNAN: Saya tidak tahu siapa yang kata. Mungkin kamu dengar sahaja. Itu cuma desas-desus. -Gambar fail
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Tiada usaha jatuhkan saya, 'kami keluarga bahagia' - Ahmad Faizal
Ini kerana, katanya, hubungan beliau dengan kesemua 10 ahli exco boleh disifatkan sebagai satu keluarga besar yang bahagia dan tiada unsur-unsur percubaan sabotaj dalam kalangan mereka setakat ini.
Taylor Swift dedikasi lagu 'Dress' buat Ed Sheeran?
Rangkap lirik dalam lagu Dress, I dont want you like a best friend menarik perhatian ramai dan mengundang spekulasi.
Dakwaan Muhyiddin akan dipecat hanya khabar angin - Ku Nan
Tengku Adnan berkata dakwaan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat pada penghujung bulan ini hanya khabar angin.