awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taylor Swift dedikasi lagu 'Dress' buat Ed Sheeran?

Isabelle Leong
Isabelle Leong
15/11/2017
07:47 MYT
Taylor Swift dedikasi lagu 'Dress' buat Ed Sheeran?
Ed Sheeran pernah berkolaborasi dengan Taylor Swift untuk menghasilkan lagu "Everything Has Changed" pada 2012. -Instagram @teddysphotos
TAJUK dan lirik lagu Taylor Swift tidak pernah lekang daripada kontroversi dan sering kali mengundang spekulasi.
BACA: 'The old Taylor is dead' - rangkap lirik single baharu Taylor undang spekulasi
Terbaharu, rangkap dalam lirik lagu "Dress", "I don’t want you like a best friend" menarik perhatian peminat sehingga ada yang berpendapat lagu tersebut ditujukan kepada rakan karibnya, Ed Sheeran.
Bait lirik "There is an indentation in the shape of you, Made you mark on me, a golden tattoo" dipercayai ada kaitan dengan lagu popular "Shape Of You" nyanyian pemenang Grammy itu.
Namun, Ed Sheeran menamatkan desas-desus tersebut dalam siaran langsung Instagram di laman gaya hidup Singapura, August Man.
“Saya tidak rasa ia tentang saya.
“Dia menyebut tentang seseorang yang mempunyai potongan rambut buzzcut dan saya tidak pernah menggayakan stail rambut tersebut,” jelas Ed.
Ed Sheeran pernah berkolaborasi dengan Taylor Swift untuk menghasilkan lagu "Everything Has Changed" pada 2012 dan mereka sekali lagi bekerjasama mendendangkan lagu "End Game" dalam album keenam Taylor.
"Reputation" merupakan album come back Swift sejak album terakhirnya "1989" pada 2014.
Topic Berkaitan
#buzzcut
#desas-desus
#dress
#Ed Sheeran
#lirik
#penyanyi
#rakan karib
#Reputation
#spekulasi
#Tajuk
#Taylor Swift
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan