Skip to main content

Malaysia

Dakwaan nisbah pelajar antarabangsa 5:1 tidak benar - UKM

SHAH ALAM - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan dakwaan yang tular di Facebook kononnya nisbah pelajar antarabangsa berbanding pelajar tempatan di universiti itu ialah 5:1, sambil menegaskan kenyataan berkenaan tidak benar sama sekali.  UKM dalam satu kenyataan memaklumkan, data terkini daripada Pusat Pengurusan Akademik dan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional menunjukkan universiti itu mempunyai seramai 46,151 pelajar, dengan hanya 3,917 daripadanya adalah pelajar prasiswazah ant
Kenyataan dikeluarkan UKM pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Advertisement

SHAH ALAM: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan dakwaan yang tular di Facebook kononnya nisbah pelajar antarabangsa berbanding pelajar tempatan di universiti itu ialah 5:1, sambil menegaskan kenyataan berkenaan tidak benar sama sekali.

UKM dalam satu kenyataan memaklumkan, data terkini daripada Pusat Pengurusan Akademik dan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional menunjukkan universiti itu mempunyai seramai 46,151 pelajar, dengan hanya 3,917 daripadanya adalah pelajar prasiswazah antarabangsa.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan angka rasmi berkenaan, pelajar prasiswazah antarabangsa hanya mewakili lapan peratus daripada keseluruhan populasi pelajar.

"Justeru, nisbah 5:1 yang didakwa tersasar jauh daripada fakta sebenar iaitu sekitar 1:12," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

UKM berkata, universiti itu sentiasa berpegang kepada matlamat penubuhannya untuk memartabatkan pendidikan anak bangsa dan pengambilan pelajar antarabangsa tidak menjejaskan keutamaan universiti dalam menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar tempatan.

Menurut kenyataan itu, pengambilan pelajar antarabangsa dilaksanakan secara terkawal selaras dengan seruan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memacu agenda pengantarabangsaan pendidikan negara.

Sehubungan itu, UKM menyeru orang ramai mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi universiti dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan.

Universiti itu turut memandang serius penyebaran maklumat palsu atau mengelirukan yang boleh menjejaskan reputasi institusi serta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah atau maklumat tidak benar. -Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement