KUALA LUMPUR: Dakwaan kemungkinan pengguna lebuh raya akan membayar tol selama-lamanya berikutan penstrukturan empat syarikat dan pelanjutan tempoh konsesi tidak wujud sama sekali, menurut Kementerian Kerja Raya (KKR).
KKR dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarikat konsesi tidak boleh menambah hutang baharu sewenang-wenangnya dan ketetapan itu termaktub dalam Perjanjian Baharu melibatkan penstrukturan empat syarikat konsesi baru-baru ini.
"Kerajaan sentiasa akan memastikan bahawa kepentingan pengguna sentiasa terjamin dan tidak terbeban.
"Sekiranya penstrukturan ini tidak dibenarkan dan sekiranya kerajaan ingin menjimatkan pampasan maka kenaikan kadar tol perlu diberikan dan ini akan menyebabkan implikasi rantaian yang akan menyebabkan kos barangan juga akan meningkat," menurut kenyataan itu.
Pada 4 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan kerajaan untuk mengekalkan kadar tol di empat lebuh raya sehingga tempoh konsesi syarikat berakhir.
Empat syarikat konsesi lebuh raya itu ialah Kesas Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat atau SPRINT) dan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Lebuhraya Damasara-Puchong atau LDP).
Dalam kenyataan sama, KKR turut memberi pencerahan mengenai dakwaan pemberian kos tetap bagi pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya itu dan lanjutan tempoh konsesi yang membebankan pengguna.
"Ini satu kenyataan yang salah dan memesong rakyat. Kerajaan tidak pernah membayar atau memberikan peruntukan dalam bentuk kos tetap untuk pembinaan mahupun penyenggaraan lebuh raya berkenaan.
"Pembinaan telah dibuat menggunakan dana yang diperoleh oleh syarikat konsesi melalui pinjaman atau penerbitan sukuk yang perlu dibayar balik melalui kutipan tol manakala kos bagi operasi dan penyenggaraan ditampung melalui kutipan tol," katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan lanjutan tempoh konsesi diberikan hanya sebagai sesuatu yang indikatif bagi memberi pemegang sukuk satu kelegaan bahawa pelaburan mereka akan dibayar balik.
"Tarikh tamat terawal adalah enam tahun lagi iaitu 2028 bagi KESAS, lapan tahun iaitu 2030 bagi LDP, 12 tahun iaitu 2034 bagi SPRINT dan 20 tahun iaitu 2042 bagi SMART. Ini yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi sedia ada. Dalam penstrukturan ini lanjutan diberikan adalah tidak eksklusif," katanya.
KKR menjelaskan dengan penstrukturan itu kadar tol akan tetap bagi tempoh selanjutnya, malah kerajaan boleh menamatkan tempoh konsesi pada bila-bila masa tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan dan sekurang-kurangnya dapat mengelak kenaikan harga barang akibat kenaikan kadar tol.
Kenyataan itu turut menjelaskan dakwaan Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) yang mengambil alih aset lebuh raya bernilai lebih RM5 bilion bermodalkan RM5,000.
"Peranan ALR ini hanya sebagai penjaga keempat-empat lebuh raya berkenaan. Bakal pelabur sukuk memerlukan keyakinan untuk melabur dan oleh demikian, ALR terdiri daripada tokoh korporat yang tidak berkait dengan mana-mana parti politik.
"Ini yang membolehkan ALR yang bermodalkan hanya RM5,000 mampu menjadi 'penjaga' bagi keempat-empat lebuh raya berkenaan. Selain itu, oleh kerana pemegang saham asal telah tiada lagi dan oleh kerana ALR adalah bukan keuntungan maka tiada sebarang pembayaran dividen diperlukan dan ini membolehkan kadar tol dikekalkan pada kadar sedia ada dan peruntukan tambahan melalui kenaikan tol tidak diperlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022
Dakwaan kemungkinan pengguna lebuh raya akan membayar tol selama-lamanya berikutan penstrukturan empat syarikat dan pelanjutan tempoh konsesi tidak wujud sama sekali, menurut Kementerian Kerja Raya (KKR). - Gambar fail/BERNAMA
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Projek PJD Link tidak diteruskan - Fahmi
Fahmi berkata keputusan itu dibuat selepas syarikat konsesi gagal memenuhi beberapa syarat seperti yang dikehendaki.
Trafik di lebuh raya utama masih sesak
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di negara ini masih lagi sesak setakat jam 5 petang Khamis susulan pergerakan orang ramai sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Aliran trafik di lebuh raya utama lancar
Bagaimanapun, LLM menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan hari ini ekoran pengguna pulang ke kampung di saat akhir.
Aliran trafik di WCE lancar, kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari
Peningkatan trafik juga dijangka bermula hari ini dan esok berikutan pengecualian bayaran tol pengguna kelas satu selama dua hari.
WCE perkukuh kerjasama dengan Perhilitan pastikan keselamatan pengguna, ekosistem
WCE sangat komited dalam memastikan ekosistem alam sekitar kekal terpelihara serta keselamatan pengguna lebuh raya terjaga.
Budak lelaki 11 tahun ditahan pandu kereta, curi karavan
Kanak-kanak tersebut dikesan di Lebuhraya M1 yang menghubungkan London ke Leeds.
Aliran trafik meningkat di lebuh raya utama menjelang Tahun Baharu Cina
Aliran trafik meningkat di Permatang Pauh-Perai, Slim River-Sungkai, Setia Alam-Shah Alam dan Bandar Gamuda Cove-Bandar Saujana Putra.
Tahun Baharu Cina: Tol percuma bagi kenderaan persendirian pada 8, 9 Feb
Pengecualian diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.
Jalan utama, lebuh raya ditutup sementara esok sempena raptai Istiadat Keberangkatan Balik YDP Agong
Beberapa jalan utama dan lebuh raya sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat mulai 9 hingga 10 pagi esok bagi raptai Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
33 maut, 19 cedera tanah runtuh di lebuh raya
Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh manakala 19 yang lain cedera dalam insiden tanah runtuh di lebuh raya berhampiran bandar Carmen de Atrato di wilayah Choco di Colombia. Kejadian itu dipercayai ber