Meta sasar seragamkan pengesahan umur pengguna di platformnya - Ketua Keselamatan

Davis berkata, jika digunakan secara meluas, AgeKey akan mewujudkan lebih banyak keseragaman supaya pengesahan umur akan kelihatan lebih serupa bagi setiap aplikasi yang berbeza. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Meta, sedang melaksanakan sistem universal bagi mengesahkan umur pengguna platformnya sebagai respons kepada pelaksanaan undang-undang berkaitan di peringkat global.
Ringkasan AI
- Meta, syarikat gergasi teknologi Amerika, melaksanakan sistem universal untuk mengesahkan umur pengguna platformnya berdasarkan undang-undang global.
- Syarikat tersebut bekerjasama dengan firma teknologi Singapura, K-ID, untuk mengintegrasikan teknologi AgeKey ke dalam aplikasi mudah alihnya, merancang pelancaran di pelbagai negara pada tahun depan.
- AgeKey, teknologi pengesahan umur, akan memastikan keseragaman dalam pengesahan umur bagi setiap aplikasi, dengan menggunakan pengecaman wajah atau imbasan cap jari sebagai alternatif log masuk tanpa kata laluan.
Sehubungan itu, syarikat berkenaan menjalin kerjasama dengan firma teknologi berpangkalan di Singapura, K-ID, bagi menyepadukan teknologi AgeKey ke dalam aplikasi mudah alihnya dan merancang untuk melancarkannya di kebanyakan negara tahun depan.
Teknologi AgeKey berfungsi hampir sama dengan teknologi passkey, yang menggunakan pengecaman wajah atau imbasan cap jari sedia ada pada telefon pintar sebagai alternatif untuk log masuk ke dalam aplikasi tanpa memerlukan kata laluan. Passkeys kini disokong oleh semua sistem operasi komputer dan telefon pintar utama, serta pelayar laman sesawang.
Pada masa ini, Meta menggunakan gabungan teknologi pemeriksaan umur miliknya sendiri dan perkhidmatan pengesahan pihak ketiga, termasuk platform pengenalan Yoti dari United Kingdom (UK), bagi mematuhi Akta Keselamatan Dalam Talian UK dan undang-undang yang melarang penggunaan media sosial untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun.
"Jika digunakan secara meluas, AgeKey akan mewujudkan lebih banyak keseragaman supaya pengesahan umur akan kelihatan lebih serupa bagi setiap aplikasi yang berbeza," kata Davis.
Pada 2021, Facebook mengumumkan penjenamaan semulanya kepada Meta dengan pengasasnya, Mark Zuckerberg, menyatakan bahawa jenama baharu itu memberi tumpuan kepada metaverse yang membolehkan orang ramai merasai pengalaman kehadiran dalam realiti maya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


