SELAMA: Dakwaan kononnya pegawai polis yang bermasalah dipindahkan hanya ke Sabah dan Sarawak adalah tidak benar.
Sebaliknya, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ada juga di antara mereka turut dipindahkan negeri-negeri lain di seluruh negara.
Menurut beliau, jumlah golongan berkenaan yang ditangkap adalah ramai dan mereka diagihkan-agihkan ke seluruh negara.
“Katalah kita ada 13 orang, jadi semua negeri ada, kita akan hantar Sabah, kita akan hantar Sarawak, hantar Johor, semualah.
“Semua ini kita pusing-pusingkan, ada ke Sabah, bukan tak ada, saya tak mahu kata yang salah ni kita tak hantar ke Sabah, kita tak hantar ke Sarawak, itu tak betul sebab yang kita tangkap tu ramai, yang melakukan kesalahan juga ramai.
“Jadi kita pusing-pusingkan mereka di tempat-tempat yang tertentu. Tak adil kalau kita katanya hanya kita letakkan di Sabah, tidak. Bukan hanya di Sabah dan Sarawak saja, ada juga di tempat-tempat lain,” kata Hamzah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Komuniti Bebas Jenayah Dan Dadah di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok, di sini, pada Sabtu.
Minggu lalu kerajaan Sabah memandang serius berhubung isu pemindahan anggota polis bermasalah ke Sabah dan Sarawak tanpa mendapat pandangan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memaklum dan berbincang dengan beliau sebagai Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum tindakan itu dilaksanakan.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Aug 13 2022
Datuk Seri Hamzah Zainuddin (duduk, tengah) bergambar kenangan selepas merasmikan Program Komuniti Bebas Jenayah Dan Dadah di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok, Selama, Perak pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Dakwaan polis bermasalah dipindah ke Sabah, Sarawak sahaja tidak benar - Hamzah
Pegawai polis bermasalah turut dipindahkan ke negeri-negeri lain, kata Menteri Dalam Negeri.