awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan potong barisan vaksin: Individu itu bukan 'whistleblower' - KPN

Bernama
Bernama
16/03/2021
13:40 MYT
Dakwaan potong barisan vaksin: Individu itu bukan 'whistleblower' - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan individu berkenaan juga bukan suspek kerana suspek adalah untuk seseorang yang disyaki melakukan kesalahan jenayah atau terlibat dengan pertuduhan. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Individu yang dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung dakwaan kakitangan Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan cuba memotong barisan sebagai penerima awal suntikan vaksin COVID-19, bukanlah pemberi maklumat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata sebaliknya individu berkenaan dipanggil kerana polis ingin mengetahui daripada mana dia memperoleh sumber maklumat sedemikian berdasarkan apa yang dipaparkan di laman Twittternya.
"Maka polis panggil individu berkenaan dan mengambil tindakan ke atas ciapan Twitter yang dikongsinya dan dia juga bukan whistleblower (pemberi maklumat).
"Saya kalau ada pemberi maklumat beri info berkenaan kes ini (cubaan potong barisan ambil vaksin COVID-19) saya akan pertahankan dia (pemberi maklumat)," katanya kepada Bernama.
Abdul Hamid menegaskan individu berkenaan juga bukan suspek kerana suspek adalah untuk seseorang yang disyaki melakukan kesalahan jenayah atau terlibat dengan pertuduhan.
Beliau berkata penggunaan perkataan ‘suspek’ bagi individu yang dipanggil untuk diambil keterangan boleh menimbulkan salah faham sekali gus menyebabkan kebimbangan kepada orang awam untuk memberi maklumat kerana dikhuatiri akan disiasat.
“Orang ramai jangan bimbang untuk jadi pemberi maklumat kerana keselamatan dan maklumat diri anda dilindungi serta tidak akan didedahkan,” katanya.
Abdul Hamid berkata beliau amat mengalu-alukan sekiranya ada pemberi maklumat yang ingin memberi maklumat berhubung kegiatan jenayah.
Pada 3 Mac, Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Mohamad Taufik Ramli membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat di media sosial kononnya '200 ahli SUK Kelantan' cuba memotong barisan sebagai penerima vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#suspek
#polis
#media sosial
#jenayah
#kerajaan
#kesihatan
#KPN
#keselamatan
#vaksin
#COVID-19
#whistleblower
#potong barisan vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan