PUTRAJAYA: Dakwaan kononnya kerajaan akan menarik balik subsidi RON95 dan diesel pada tahun ini sepertimana yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata perkara tersebut belum lagi dibincang di peringkat Jemaah Menteri.
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular dalam media sosial.
"Sekali lagi ini adalah sebaran yang tidak mempunyai maklumat yang tepat, menimbulkan kecurigaan dan kegusaran awam," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Justeru, Fahmi menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat sebaliknya merujuk kepada Kementerian Kewangan jika terdapat sebarang keraguan.
Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai insiden seorang pempengaruh yang mendakwa tiga wakil Perikatan Nasional telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
"Hal ini terbukti palsu dan satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai Istana Negara terhadap individu tersebut dan kita serah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," katanya.
Semalam, polis mengesahkan ada menerima laporan berkaitan dakwaan Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin, bahawa tiga wakil PN telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong dan kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
Kenyataan Chegu Bard didakwa dibuat menerusi sebuah video berdurasi 52 saat yang disiarkan menerusi aplikasi TikTok atas akaun "Alias Official."
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kekosongan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) belum diisi kerana Kementerian Komunikasi dalam proses merombak agensi itu.
Beliau berkata proses itu akan mengambil sedikit masa namun pihaknya telah mengadakan perbincangan awal dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Dakwaan kononnya kerajaan akan menarik balik subsidi RON95 dan diesel pada tahun ini sepertimana yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. - Foto BERNAMA
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Dakwaan subsidi RON95, diesel ditarik dan cukai baharu dilaksana, tidak benar - Fahmi
Dakwaan kononnya kerajaan akan menarik balik subsidi RON95 dan diesel pada tahun ini sepertimana yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.