KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Perkara itu dimaklumkannya menerusi satu kenyataan media pada Jumaat. Jelas Ahmad Zahid, beliau bersetuju dengan ketetapan Pergerakan Pemuda UMNO berhubung pendedahan kedua-dua bekas ketua yang pernah mengetuai dua organisasi penting kerajaan itu, adalah amat serius.
"Pendedahan kedua-dua bekas ketua yang pernah mengetuai dua organisasi penting kerajaan adalah amat serius terutamanya melibatkan campur tangan politik dan rasuah dalam institusi-institusi yang menjadi benteng mempertahankan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara.
"Saya akan meminta menteri-menteri yang mewakili UMNO untuk membawa saranan ini kepada kerajaan agar tindakan segera dapat dilakukan," katanya.
Ujar Ahmad Zahid, penubuhan RCI itu harus disegerakan untuk memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi dan sistem yang membentengi kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara.
Sebelum ini Abdul Hamid mendakwa berlaku campur tangan politik dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dakwanya, ia membabitkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Abdul Hamid turut menjelaskan bahawa beliau bersedia untuk dirakam keterangan berhubung pendedahan yang dilakukannya itu.
Dalam pendedahan Tommy pula menerusi bukunya My Story: Justice in the Wilderness mendakwa terdapat campur tangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam badan pengadilan dan kehakiman negara.
Tommy juga dalam penulisannya dilihat memperlekeh dan mendakwa pegawai undang-undang yang berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebagai terlalu birokratik, makan gaji dan tidak mempunyai komitmen, kompentensi serta semangat melaksanakan tanggungjawab mereka.
Fareez Azman
Fri May 07 2021

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesa kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendedahan Bekas Peguam Negara dan Bekas Ketua Polis Negara. - Gambar fail

10 Berita Pilihan - (26 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Jun 2022.

Polis rampas 9,208.81 gram dadah ,504 individu ditahan
PDRM mengambil maklum terhadap pendedahan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia mengenai senarai 15 pusat hiburan didakwa menjadi pusat pengedaran dadah di ibu negara.

Dadah | Myanmar hapuskan dadah bernilai AS$642 juta
Pihak berkuasa Myanmar memusnahkan dadah bernilai lebih setengah bilion dolar di seluruh negara pada Ahad. Pembakaran secara besar-besaran termasuk dadah jenis candu, heroin dan methamphetamine itu menjadi acara tahunan di Myanmar ketika menyambut Hari Dadah Antarabangsa pada 26 Jun.

Kapal Perang AS | Sammy B, kapal karam paling dalam di dunia pernah ditemukan
Sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang pernah bertempur dengan tentera Jepun dalam Perang Dunia II ditemukan di dasar laut Filipina pada kedalaman hampir 7,000 meter. Ia sekali gus menjadikan aset yang dikenali sebagai Sammy B itu sebagai kapal karam yang paling dalam di dunia pernah ditemukan.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka cuba dapatkan minyak murah dari Rusia, Qatar
Sri Lanka yang berdepan krisis ekonomi teruk umum akan menghantar menterinya ke Rusia dan Qatar sebagai cubaan untuk dapatkan harga minyak murah, sehari selepas kehabisan bahan api di negara itu. Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera berkata dua menteri akan dihantar ke Rusia pada Isnin, untuk berbincang bagi mendapatkan lebih banyak bekalan minyak.

Azurin wira Malayan Tigress ikat Bangladesh
Pasukan bola sepak wanita kebangsaan gagal melunaskan dendam kekalahan memalukan kepada Bangladesh, selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Dhaka, malam ini.

Krisis Rusia-Ukraine | Selepas tawan Severodonetsk, Rusia sasar Kyiv
Sehari selepas Rusia mendakwa mengawal sepenuhnya bandar strategik Severodonetsk di Luhansk, serangan peluru berpandu mula menggegarkan bandar Kyiv pada Ahad. Wartawan AFP melaporkan, kompleks kediaman berhampiran pusat Kyiv telah diserang sehingga mengakibatkan kebakaran dan dipenuhi asap.

PRU15 | Tanding di Parlimen Sik hanya ura-ura - Takiyuddin
Setiausaha Agung Pas, DatuK Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Sik hanyalah ura-ura sahaja.

Industri Kreatif | Dana Pembangunan Modal Insan FINAS kembali
Perbadanan Filem Nasional (FINAS) akan membuka kembali Dana Pembangunan Modal Insan bagi tujuan memperkasa kemahiran penggiat industri filem di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Dr Md Nasir Ibrahim. Menurutnya, setakat ini kurang daripada 50 peratus daripada dana itu telah dilulus oleh jawatankuasa penilai dan FINAS menggalakkan persatuan serta syarikat berminat mengemukakan permohonan.

UMNO perlu lebih ramai ahli yang berakal, tidak langgar displin - Puad Zarkashi
Mana-mana ahli parti yang tidak berdisplin, dan tidak mengikut keputusan yang telah ditetapkan pimpinan tertinggi, wajar diambil tindakan.

Pengguguran Tajuddin: 'Tentu dia tahu apa dia lakukan' - Zahid
Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut mengenai sebarang kesalahan yang menyebabkan tindakan itu diambil.

Tommy Thomas dinasihat tidak beri komen kertas siasatan VLN
Tommy Thomas dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang komen mengenai kertas siasatan yang merujuk kepada kes Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Pertimbang pakej bantuan ekonomi tampung kos sara hidup - Zahid Hamidi
Pakej Bantuan ini boleh dilakanakan sebelum pembentangan Belanjawan 2023 kerana ia begitu mustahak dan dan kritikal

Isu dana UKSB: Saya belum dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa - Muhyiddin
Bagaimanapun jelas Muhyiddin, beliau sedia memberi kerjasama terhadap mana-mana pihak berkuasa di negara ini jika diminta berbuat demikian.

Reezal nafi dakwaan terima dana daripada UKSB
Beliau menegaskan langsung tidak mengetahui tentang syarikat yang dikaitkan dalam perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.

SPRM perlu dirombak besar-besaran - Guan Eng
SPRM dilihat gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka selepas pendedahan saksi mahkamah melibatkan kes Presiden UMNO.

Anifah Aman nafi terima wang daripada UKSB
Presiden Parti Cinta Sabah itu, memaklumkan beliau bersedia untuk tampil membantu siasatan.

PRU15: 'Friends of BN' diberi peluang jadi calon, BN bincang kerusi - Zahid Hamidi
Barisan Nasional (BN) sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Friends of BN akan diberi peluang menjadi calon mewakili gabungan parti politik itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dana politik: 'Hanya Muhyiddin yang boleh tentukan' - Tun Mahathir
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah menerima sumbangan dana politik berjumlah RM1.3 juta seperti yang didakwa baru-baru ini.