PEMIMPIN spiritual Tibet, Dalai Lama meminta maaf selepas tular klip video yang menunjukkan beliau mencium bibir seorang kanak-kanak serta meminta kanak-kanak itu supaya menghisap lidahnya.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Dalai Lama memohon maaf kepada kanak-kanak lelaki tersebut dan ahli keluarganya jika beliau telah melukakan perasaannya.
“Sebuah klip video tular menunjukkan pertemuan baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak lelaki meminta Dalai Lama untuk memeluknya.
“Dalai Lama ingin meminta maaf kepada kanak-kanak lelaki itu dan ahli keluarganya, serta sahabatnya di serata dunia kerana kata-katanya mungkin mengakibatkan perasaan terluka.
“Dalai Lama sering mengusik orang yang beliau temui dalam cara yang bermain-main dan tidak bersalah, termasuk di khalayak ramai dan di depan kamera. Beliau kesal atas insiden tersebut,” menurut kenyataan itu.
Baru-baru ini, sebuah klip video tular di media sosial menunjukkan Dalai Lama ke-14 itu mencium seorang kanak-kanak di bibirnya, sebelum didengar bertanya kepada kanak-kanak itu supaya menghisap lidahnya.
Insiden itu berlaku ketika acara rasmi sedang berlangsung dan orang ramai berada di hadapan memberi penghormatan kepada pemimpin itu.
Perbuatannya mencetuskan kecaman netizen, dengan beberapa pengguna media sosial turut mempertikaikan status Dalai Lama sebagai Pemenang Anugerah Keamanan Nobel pada tahun 1989.
Nailah Huda
Mon Apr 10 2023
Baru-baru ini, sebuah klip video tular di media sosial menunjukkan Dalai Lama ke-14 itu mencium seorang kanak-kanak di bibirnya, sebelum didengar bertanya kepada kanak-kanak itu supaya menghisap lidahnya. - Foto tangkapan layar skrin
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Jun 2024.
10 Berita Pilihan - (05 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dr Mahathir fail semakan kehakiman mohon prosiding RCI Batu Puteh dijalankan secara terbuka
Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman supaya prosiding RCI untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh dijalankan secara terbuka.
Penuntut Malaysia di Jepun perlu tanam minat jadi pemimpin, bantu pembangunan negara - Johari
Belia Malaysia yang melanjutkan pengajian di Jepun perlu menanam semangat untuk kembali ke tanah air dan menjadi pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada negara.
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon.
Lebih 100 kes penebangan hutan secara haram direkodkan di Kelantan - MB
Sebanyak 137 kes penebangan hutan secara haram di Kelantan dikenal pasti dari 2020 hingga 2023, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Prosedur pemeriksaan kesihatan warga emas menyeksakan, perlu dasar bersepadu - Pakar
Prosedur pemeriksaan kesihatan ketika ini, khususnya dalam sektor swasta, sangat menyeksa warga emas.
Tumpuan Khamis – 06 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dalai Lama mohon maaf atas video 'cium', minta kanak-kanak hisap lidah
Baru-baru ini, tular video menunjukkan Dalai Lama mencium bibir seorang kanak-kanak serta meminta kanak-kanak itu supaya menghisap lidahnya.
Dalai Lama kembali pulih dari jangkitan dada
Pemimpin spiritual Tibet, Dalai Lama telah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di sebuah hospital Delhi akibat jangkitan kuman di dada.
Dalai Lama dimasukkan dalam hospital di India
Pemimpin berusia 83 tahun itu dilaporkan mengidap jangkitan dada dan harus menjalani rawatan untuk beberapa hari lagi.
Lady Gaga timbulkan kemarahan China kerana bertemu Dalai Lama
Kemarahan tercetus selepas penyanyi itu memuat naik beberapa gambarnya dengan Dalai Lama sempena sebuah persidangan di Indianapolis, AS.
'Jangan salahkan orang Islam, semua agama ada orang jahat' - Dalai Lama
Pemimpin spiritual Tibet itu juga mahu Donald Trump memberikan justifikasi kepada cadangannya yang mengaitkan insiden itu dengan orang Islam secara langsung.