awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dalami ilmu big data, perkukuh infrastruktur hadapi perkembangan sains data - Dr Serena

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2021
00:57 MYT
Dalami ilmu big data, perkukuh infrastruktur hadapi perkembangan sains data - Dr Serena
Graduan perubatan dari University of Cambridge di bawah tajaan Petronas itu melihat bidang sains data sebagai antara bidang yang perlu diberi perhatian. - Foto Twitter/Serena Nik-Zainal
KUALA LUMPUR: Seorang saintis Malaysia dianugerahkan pingat Francis Crick Medal and Lecture 2022 atas sumbangannya dalam kajian punca barah.
Dr Serena Nik Zainal yang kini menetap di United Kingdom, akan mendapat pingat gangsa dan £2,000 (RM11,500).
"Pingat Francis Crick and Lecture 2022 dianugerahkan kepada beliau atas sumbangan besarnya dalam aetiologi barah menerusi analisis tanda mutasi dalam genom barah. Kini diguna pakai dalam terapi barah,” kata satu kenyataan di laman Twitter Royal Society.
Anak kepada tokoh perubatan Allahyarham Datuk Dr Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman itu sebelum ini pernah dianugerahkan Hadiah Penyelidikan Kanser Dr Josef Steiner pada 2019 atas kejayaan menjalankan kajian mempercepatkan penafsiran holistik genom kanser.
Graduan perubatan dari University of Cambridge di bawah tajaan Petronas itu melihat bidang sains data sebagai antara bidang yang perlu diberi perhatian.
Bidang tersebut semakin berkembang dengan kepentingannya semakin menjadi signifikan khususnya selepas pandemik.
"Tidak kira apa pun bidang big data kini memainkan peranan yang sangat penting. Justeru, saya menyeru generasi muda yang berminat dalam bidang sains, teknologi dan perubatan agar mempelajari tentang kod dan memahami statistik kerana ia sangat membantu dan diperlukan di masa depan.
"Untuk para pemimpin kita, saya harap kita boleh lihat kepada infrastruktur, adakah kita dilengkapi dengan infrastruktur, software dan hardware, serta peningkatan kemahiran yang diperlukan supaya kita boleh mengikuti perkembangan ini," katanya kepada Astro AWANI.
Sebelum ini, Dr Serena, yang kini berkhidmat di Cambridge, berterima kasih dengan penghormatan yang disifatkan sangat besar itu.
Terima kasih kepada semua yang telah mengajar, menyokong, mendorong dan membimbing saya. Sangat menghargai! " tulisnya di Twitter.
Beliau menyambung pelajaran di Wellcome Sanger Institute pada 2009 untuk mengkaji kanser payudara menggunakan 'whole genome sequencing' (WGS) dan dianugerahkan CRUK Advanced Clinician Scientist Fellowship pada tahun 2017, sebelum berpindah ke Cambridge.
Pingat Francis Crick Medal and Lecture diberikan setiap tahun membabitkan bidang sains biologi.
Topic Berkaitan
#Sains
#perubatan
#teknologi
#Dr Serena Nik-Zainal
#saintis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan