awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan MA63 terus menjadi agenda utama Kerajaan MADANI - Peguam Negara
Pendidikan baik lahirkan insan cemerlang akademik, berakhlak - PM Anwar
Letupan di Universiti HELP: Polis siasat pelbagai sudut termasuk kecuaian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana Antarabangsa Belia 2026 diteruskan - KBS

Bernama
Bernama
16/01/2026
09:35 MYT
Dana Antarabangsa Belia 2026 diteruskan - KBS
Dana IYF ditawarkan secara sekali beri kepada belia warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneruskan pelaksanaan Dana Antarabangsa Belia KBS (IYF@KBS) 2026 sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam usaha pengantarabangsaan belia berumur antara 18 hingga 30 tahun.
KBS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, inisiatif itu diwujudkan bagi menyokong penyertaan belia dalam platform global seperti mesyuarat, forum, persidangan dan simposium antarabangsa yang berkaitan dengan pembangunan golongan ini.
"Penyertaan belia bukan sahaja memberikan pendedahan kepada amalan terbaik dunia, malah membuka ruang kepada belia untuk terlibat secara langsung dalam perbincangan isu-isu global, membina jaringan strategik serta memperkukuh kefahaman antara budaya.
"Selari dengan Dasar Belia Malaysia dan Model Pembangunan Belia Madani, usaha ini mendayaupayakan belia Malaysia untuk bersama-sama belia daripada pelbagai negara untuk menjadi sebahagian daripada suara yang mencorakkan penggubalan dasar, program dan inisiatif pada peringkat global dan serantau," menurut kenyataan itu.
Dana IYF ditawarkan secara sekali beri kepada belia warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun, keutamaan kepada mereka yang aktif dalam persatuan, pertubuhan atau kelab berdaftar, melibatkan bantuan hingga RM20,000 bagi setiap permohonan yang diluluskan.
Pemberian itu meliputi kos yuran penyertaan program, tiket penerbangan kelas ekonomi, elaun makan, insurans, visa dan penginapan tertakluk kepada kadar yang ditetapkan.
Permohonan dibuka dalam empat siri bermula hari ini bagi program mesyuarat, forum, persidangan dan simposium antarabangsa yang berlangsung antara 1 Mac hingga 15 November 2026.
Semua permohonan lengkap perlu dikemukakan secara dalam talian melalui portal rasmi KBS www.kbs.gov.my/iyf.
Langkah itu diharap memperkukuh lagi ekosistem pembangunan belia negara, melahirkan pemimpin muda berwibawa, dan menyumbang kepada pembinaan Malaysia yang progresif, inklusif serta berdaya saing pada peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#Dana Antarabangsa Belia
#cara mohon dana antarabangsa belia
#program pengantarabangsaan belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan