Kerajaan kini mengambil langkah dengan memberi peluang kepada rakyat untuk memperolehi semua geran dan pembiayaan untuk penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan yang ditawarkan agensi kerajaan dan kementerian.
Menerusi portal yang dikenali sebagai 1DANA, ia bakal memperkukuh sekaligus memudahkan penyelarasan dana awam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata portal 1DANA dibangunkan Jawatankuasa Pelaburan Dana Awam (JKPDA) iaitu jawatankuasa di bawah Agensi Inovasi Malaysia (AIM) selain dipengerusikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,
“Kita akan cuba melihat dan memperincikan peruntukan supaya faktor kejayaan dari segi komersial termasuk proses penyelidikan dan pembangunan kepada peringkat komersial.
“Ini bermakna proses inovasi serta faktor kejayaan perlu ditingkatkan kepada jumlah yang lebih tinggi lagi.
Najib berkata ketika berucap dalam majlis perasmian Portal 1DANA di Bangunan Perdana Putera di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, portal ini turut memberi peluang kepada rakyat untuk mengakses kepada dana awam yang diperuntukkan kerajaan.
"Buat pertama kalinya, rakyat mempunyai akses kepada portal sehenti untuk melihat semua geran dan pembiayaan bagi penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ditawarkan kerajaan," katanya.
Untuk tahun ini sahaja, JKPDA sudah membuat penilaian projek penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan berjumlah RM1.23 bilion dan menyokong projek berjumlah RM881 juta.
Sejumlah 35 projek berjumlah RM349 juta mempunyai elemen sama di kalangan kementerian dan agensi sudah disarankan untuk kerjasama antara kementerian.
Selain memastikan bahawa pembiayaan untuk penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan sejajar dengan bidang utama, Portal 1DANA itu juga bakal memberi peluang kepada rakyat melihat sendiri penyaluran dana itu.
Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Mark Rozario, berkata platform 1DANA akan memastikan ketelusan, mengelakkan pembaziran dan membolehkan pemantauan berpusat.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Oct 23 2014
Menurut Najib, dana itu untuk memastikan pembiayaan untuk penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sejajar dengan bidang utama negara. - Foto Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Seragamkan laporan kewangan NGO urus dana awam, perlu kajian perundangan - SSM
Timbul kebimbangan umum tentang ketidakpatuhan sesetengah badan amal dalam pengurusan kewangan yang tidak telus.
Malaysia perlu lebih banyak langkah untuk nilai pencapaian dasar, inisiatif - Bank Dunia
Malaysia masih kurang dalam penelitian awam tentang apa yang telah dilakukan pada masa lalu, terutamanya dengan dana awam.
Kerajaan perlu tampung kekurangan RM17 bilion lunaskan faedah hutang 1MDB - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kerajaan telah membuat bayaran faedah dan pinjaman 1MDB sebanyak RM13.31 bilion melalui Dana Akaun Amanah kementerian tersebut.
Dana COVID-19 dijumpai pada seluar dalam, Senator Brazil didesak letak jawatan
Ia susulan dakwaan penyalahgunaan 20 juta reais (kira-kira RM14.5 juta) dana awam untuk memerangi koronavirus.
Bekas PM Perancis, isteri dihukum penjara atas kesalahan salah guna dana awam
Fillon dituduh membayar isteri, anak-anaknya serta pembantunya ratusan ribu euro daripada dana awam untuk tugasan yang tidak memadai dan tidak wujud.
'Bukan saya luluskan pelaburan kerajaan dalam DreamEDGE' - Dr Mahathir
Walaupun ada sesetengah pihak merasakan Malaysia tidak memerlukan projek kereta nasional ketiga, Dr Mahathir berkata perniagaan kereta tidak statik, sama seperti industri penerbangan.
Kerugian MAPS tak libat dana awam
Meskipun kerajaan negeri memiliki 26 peratus pegangan saham melalui PKNP, modal yang digunakan bagi membangunkan MAPS dibuat menerusi wang syarikat dan pembiayaan bank.
Jerman bebas bekas pemimpin Catalonia dengan jaminan
Mahkamah mengenakan jaminan sebanyak 75,000 euro (US$91,917) ke atas Puigdemont namun berkata permintaan untuk ekstradisi tidak dibenar bagi dakwaan beliau melakukan pemberontakan.
Penyelewengan dana KKLW: Shafie Apdal mungkin dipanggil SPRM
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkemungkinan akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan RM1.5 bilion dana awam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah.