awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana KWSP tidak wajar digunakan untuk biaya belanjawan defisit kerajaan - Pakar Ekonomi

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
06/07/2023
02:45 MYT
Dana KWSP tidak wajar digunakan untuk biaya belanjawan defisit kerajaan - Pakar Ekonomi
Kotlikoff berkata dana KWSP perlu dilaburkan dalam pasaran saham luar negara - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajar digunakan sebagai pinjaman untuk membiayai belanjawan defisit kerajaan.
Profesor Ekonomi Universiti Boston, Prof. Laurence Kotlikoff berkata dana tersebut wajar dilaburkan dengan membeli bon daripada negara asing seperti Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
“KWSP perlu melabur di luar dan dalam negara. Dana KWSP tidak wajar digunakan sebagai sumber kepada kerajaan untuk meminjam wang. Ketika ini 40 peratus daripada dana KWSP dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap.
Profesor Ekonomi Universiti Boston, Prof. Laurence Kotlikoff berkata dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajar digunakan sebagai pinjaman untuk membiayai belanjawan defisit kerajaan. #AWANInews pic.twitter.com/U3r1pg0LxS
— Astro AWANI (@501Awani) July 5, 2023
“Saya jangkakan kebanyakan daripadanya adalah dalam bentuk bon kerajaan Malaysia. Saya berpandangan ia tidak wajar dilaburkan sedemikian, sebaliknya dilaburkan dengan membeli bon kerajaan Singapura, Amerika Syarikat atau United Kingdom.
“Pokoknya, dana itu tidak wajar digunakan untuk membiayai belanjawan defisit kerajaan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Selain itu, Kotlikoff turut berpandangan dana KWSP perlu dilaburkan dalam pasaran saham luar negara termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman. Kepelbegaian portfolio pelaburan di pasaran yang berbeza akan membolehkan KWSP mencipta kekayaan untuk manfaat pencarum dengan lebih efektif.
“Dana KWSP juga wajar dilaburkan dalam setiap 6000 saham senaraian awam Amerika Syarikat, sama ada syarikat besar atau kecil. Laburkan dalam pasaran saham Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman.
“Ini memboleh Malaysia mempunyai kekayaan di seluruh dunia. Pastikan semua transaksi ini direkodkan setiap bulan. Dengan cara ini, pencarum akan rasa berbaloi dengan potongan yang dibuat keatas pendapatan bulanan mereka,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#KWSP
#EPF
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan