awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana MITRA: Wanita mengaku tidak bersalah beri keterangan bercanggah

Bernama
Bernama
27/03/2025
14:40 MYT
Dana MITRA: Wanita mengaku tidak bersalah beri keterangan bercanggah
Seorang wanita hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan memberikan keterangan bercanggah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Foto hiasan
SHAH ALAM: Seorang wanita hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan memberikan keterangan bercanggah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM dalam kenyataan memaklumkan keterangan itu berkaitan siasatan membabitkan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
V. Meenaloshini, 35, didakwa membuat satu akuan bersumpah kepada seorang pesuruhjaya sumpah di sebuah premis di Prima Sri Gombak, Selangor pada 20 Dis 2023, yang bercanggah dan tidak selaras dengan keterangan yang telah diberikan kepada pegawai SPRM di ibu pejabat agensi antirasuah itu di Putrajaya pada 24 dan 25 Jan 2022.
"Kenyataan dalam akaun bersumpah itu menyebut bahawa tertuduh berurusan secara langsung dengan kontraktor-kontraktor yang membuat tuntutan bayaran dana MITRA dan tidak pernah berurusan dengan seorang individu berkaitan hal itu.
"Namun dalam kenyataan kepada pegawai SPRM, tertuduh menyatakan pembayaran kepada setiap kontraktor akan dibuat secara terus oleh individu itu sama ada melalui cek, pindahan secara dalam talian atau tunai," menurut kenyataan itu.
SPRM-MITRA 2 (AKHIR) SHAH ALAM
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin membenarkan Meenaloshini diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM terdekat.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 April ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziah Mohaidi manakala tertuduh diwakili peguam K. Kanagavalli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dana mitra
#SPRM
#mengaku tidak bersalah
#V Meenaloshini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan