Kerajaan akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam usaha memperkukuh jaringan perlindungan kesihatan golongan itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Katanya skim yang akan bermula pada Januari 2019 itu merupakan hasil usaha sama kerajaan dan syarikat insurans swasta.
Beliau berkata skim itu menyediakan perlindungan percuma bagi empat penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun.
"Kerajaan menghargai sumbangan Great Eastern Life Insurance atas persetujuan mencarum sebanyak RM2 bilion dalam dana permulaan yang akan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia.
"Kerajaan menjangkakan saiz dana akan berkembang dengan penglibatan syarikat insurans lain," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Lim berkata pada belanjawan kali ini, kerajaan memperuntukkan hampir RM29 bilion bagi perkhidmatan kesihatan, iaitu peningkatan 7.8 peratus berbanding belanjawan lalu.
Katanya peruntukan itu termasuk RM10.8 bilion bagi membaik pulih klinik dan hospital serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan.
Beliau berkata kerajaan juga memperuntukkan RM100 juta untuk memperkenalkan Skim Perlindungan Kesihatan (Peka) dengan melaksanakan projek perintis saringan kesihatan bagi golongan B40 berusia 50 tahun ke atas melibatkan 800,000 orang.
Selain itu, Lim berkata kerajaan juga akan meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payu dara (mamogram), program vaksinasi Human papilloma virus (HPV) dan ujian saringan pap smear di hospital dan klinik kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.
Di samping itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut dalam kalangan kanak-kanak serta menyediakan saringan dan peluasan rawatan hemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
Skim itu menyediakan perlindungan percuma bagi empat penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun. - Gambar hiasan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Henti geran percuma usahawan bumiputera, satu langkah tidak produktif - Abdul Rahman
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, jika benar bantuan geran modal kepada syarikat bumiputera itu dihentikan, banyak di antara usahawan bumiputera yang akan menjadi mangsa.
Perbelanjaan kerajaan selari unjuran Bajet 2019
Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan negara setakat pertengahan tahun ini adalah selari dengan unjuran Bajet 2019.
Bonus kedua kepada penjawat awam Perak dibayar 16 Mei ini
Bayaran berkenaan melibatkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 seorang seperti diumumkan dalam Bajet 2019 Negeri Perak, November lalu.
Bajet 2019: DBKL peruntuk RM2.896 bilion untuk memenuhi aspirasi warga kota
Anggaran hasil 2019 dijangka menurun kepada RM2.465 bilion berbanding RM 2.667 bilion dalam tahun 2018 iaitu penurunan sebanyak 7.5 peratus.
Rebat bil elektrik RM40 kepada 185,000 miskin tegar tahun hadapan
Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
Belanjawan 2019 diluluskan Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu pada kira-kira 10.20 malam tadi.
RM98 juta peruntukan Belanjawan 2019 Kementerian Pertahanan untuk veteran
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM20 juta berbanding RM78 juta yang diperuntukan kerajaan sebelum ini.
MPM bimbang jurang kekayaan semakin melebar
Datuk Akbar Ali berkata Belanjawan 2019 tidak menangani secara jelas bahagian pertama Tonggak II rancangan pembangunan lima tahun itu.
Cukai 5% terhadap semua aktiviti petroleum di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan cukai jualan 5% terhadap segala aktiviti petroleum di negeri berkenaan berkuat kuasa 1 Januari depan.
Sistem baharu mampu selesaikan lambakan rumah tidak terjual - Tun Mahathir
Sistem baharu melalui platform property crowdfunding akan memberi penyelesaian kepada isu lambakan rumah tidak terjual dan memastikan orang ramai mampu memiliki kediaman sendiri.