DAP hanya menyuarakan kebimbangan mengenai kedudukan kerajaan negeri Selangor, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Sambil menafikan DAP berterusan menyerang PAS, Lim berkata kebimbangan itu susulan dakwaan, wujudnya percubaan parti Islam itu untuk bekerjasama dengan UMNO.

"Mengikut laporan, Presiden PAS nyatakan mahu mengangkat Azmin dari PKR sebagai calon bersama UMNO dan PAS kerana PKR boleh tarik sokongan dua ADUN PKR.

"Apa salahnya PAS balas balik angkat sokongan yang dari Azmin sebagai calon Menteri Besar.

"Itu kemelut dalam Selangor, jadi saya rasa perkara itu saya tidak mahu ulas sekarang kerana kontroversi ini belum selesai lagi, biar PAS uruskan kerana ini masalah keluarga mereka, " ujar Lim dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.

Beliau pada masa sama enggan mengulas lanjut tentang kedua-dua isu di Selangor dan Kelantan kerana ia tidak melibatkan DAP.

Tegasnya isu itu melibatkan kerajaan PAS Kelantan dan sewajarnya mereka menyelesaikan isu tersebut tersebut tanpa mengaitkan DAP.


Baru-baru ini Datuk Husam Musa, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor mendakwa, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Husam juga mempersoalkan mengenai skandal pembalakan kerajaan PAS Kelantan khususnya yang melibatkan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).