Parti DAP mahu bertanding lebih dari 150 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang.

Itu cadangan yang dilontarkan Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai yang menganggarkan perbelanjaan untuk kempen pilihan raya kali ini akan mencecah RM15 juta.

Mengulas mengenai senarai calon parti itu, Kok Wai berkata kesemua nama calon telah dimuktamad dan hanya menunggu waktu diumumkan selepas pembubaran parlimen.

Manakala manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat akan diumumkan 25 Februari pada Isnin di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Pada PRU 2008, DAP bertanding 49 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN dan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 63 kerusi DUN.