awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP Sabah persoal tindakan Speaker tolak usul bahas isu tuntutan waris Sultan Sulu

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
21/07/2022
11:32 MYT
DAP Sabah persoal tindakan Speaker tolak usul bahas isu tuntutan waris Sultan Sulu
Frankie (dua dari kanan) berkata, hal ini kerana urusan melibatkan tanah Sabah merupakan hak mutlak negeri itu dan di luar daripada bidang kuasa Kerajaan Pusat.
KOTA KINABALU: DAP Sabah mempersoalkan kewajaran alasan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya ketika menolak usul membahas dan membincangkan isu tuntutan waris Kesultanan Sulu.
Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon berkata, hal ini kerana urusan melibatkan tanah Sabah merupakan hak mutlak negeri itu dan di luar daripada bidang kuasa Kerajaan Pusat.
Surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Speaker DUN Sabah itu mengatakan bahawa hubungan antarabangsa, pertahanan, dan keselamatan negara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.
"Pertama, beliau (speaker) mengatakan bahawa hubungan antarabangsa, pertahanan negara dan isu keselamatan terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Ianya benar dan saya bersetuju.
"Bagaimanapun, saya tidak bersetuju pada satu isu kerana urusan melibatkan tanah Sabah merupakan bidang kuasa negeri. Di bawah senarai 2 Perlembagaan Persekutuan, urusan tanah ialah urusan negeri dan atas sebab itu saya membangkitkan isu ini," katanya.
Tambah beliau lagi, isu tuntutan waris Kesultanan Sulu adalah penting untuk dibincangkan di Dewan Undangan Negeri kerana ianya melibatkan hak Sabah.
Frankie yang juga merupakan ADUN Tanjong Papat tidak menolak kemungkinan bahawa waris kesultanan Sulu mampu merampas aset negeri itu kelak sekiranya ia juga terletak di luar negara.
"Kita bercakap tentang hak undang-undang. Apakah akan berlaku sekiranya Sabah mempunyai aset di luar negara dan Sulu merampasnya? Bukankah ia membawa kerosakan kepada negara?," katanya.
Topic Berkaitan
#DAP Sabah
#Isu tuntutan waris Sultan Sulu
#DUN Sabah tolak
#isu keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan